Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

SEMESTER 3 - PRA PISMP :---> BAHASA MELAYU

PRAKATA

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi taufik dan hidayah yang melimpah ruah kepada kami sehingga kerja kursus pendek ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Kerja kursus pendek ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang sistem ejaan rumi yang betul dan seterusnya mempraktikkan bahasa dalam komunikasi bertulis yang berkesan. Dikesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada penyelaras subjek Bahasa Melayu ini iaitu En. Hasizan B. Dahalal yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa kami yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada kami. Segala peralatan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh kedua ibu dan bapa kami. Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinan kami akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu kami sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Selain itu, ucapan ini juga disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu kami daripada belakang sama ada dalam menyediakan bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada kami. Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan semangat kepada kami. Terima kasih untuk segala-galanya.

2.0 ISI KANDUNGAN

Prakata

Bil.

Tajuk

Muka surat

1.0

Pengenalan

3

2.0

Laporan

2.1 Definisi laporan

2.2 Fungsi laporan

2.3 Jenis laporan

2.4 ciri-ciri laporan

4 - 11

3.0

Laporan kesalahan papan iklan

12 – 21

4.0

Cadangan-cadangan mengatasi masalah

22 – 24

5.0

Kesimpulan

25

6.0

Lampiran

26 – 27

7.0

Bibliografi

28

1.0 Pendahuluan.

Komunikasi bermaksud perhubungan antara dua hala di mana sesebuah komunikasi itu dikira sekiranya ada pihak yang bercakap dan pihak mendengar. Komunikasi terbahagi kepada dua jenis iaitu komunikasi lisan dan juga komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis lebih tertumpu kepada kemahiran berbahasa dalam aplikasi penulisan. Penulisan yang teratur mencerminkan sama ada tulisan itu suatu yang formal atau tidak formal.

Selain itu, penulisan juga merupakan kegiatan merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis untuk disimpan atau digunakan pada masa hadapan. Penulisan yang baik dan sempurna melibatkan beberapa faktor seperti isi atau fakta, gaya dan laras bahasa, pengolahan dan bahasa.

Komunikasi lisan pula ialah suatu bentuk hubungan antara pengujar dengan pendengar. Komunikasi ini juga memerlukan kemahiran bertutur dan mendengar. Aspek penting dalam komunikasi lisan ialah intonasi suara,kelancaran ucapan dan juga sebutan yang betul. Dalam komunikasi lisan, terdapat dua bentuk iaitu komunikasi sehala dan komunikasi dua hala. Komunikasi sehala ialah seperti pengacara majlis, syarahan, pidato dan juga taklimat manakala komunikasi dua hala ialah seperti temu ramah, bahas dan juga pengendalian mesyuarat.

Kesimpulannya, komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa komunikasi, tiada apa yang boleh dilakukan oleh setiap orang. Oleh itu, komunikasi seharusnya dijaga dan dipelihara agar dapat menjaga kepentingan komunikasi ini terhadap setiap individu.

2.0 Laporan.

2.1 Definisi laporan.

Secara mudahnya, laporan boleh didefinisikan sebagai satu persembahan atau penyampaian maklumat. Pada khususnya pula,komunikasi bertulis ataupun komunikasi lisan adalah bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada pihak yang disarankan. Laporan juga merupakan dokumen yang memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan sebarang idea dan kadangkala membuat cadangan dan seterusnya untuk mengesyorkan mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu ataupun yang berkenaan sahaja.

2.2 Fungsi laporan

Rounded Rectangle: Menyampaikan sesuatu maklumat yang penting.
Rounded Rectangle: Memberikan idea ataupun pengakuan dalam sesuatu masalah.

Fungsi laporan

Rounded Rectangle: Membuat sesuatu kesimpulan.


Rajah 2.2: rajah menunjukkan beberapa fungsi laporan.

Sebagai salah satu jenis komunikasi bertulis,laporan merupakan jenis komunikasi bertulis yang dikategorikan dalam golongan formal. Laporan mempunyai ciri-ciri serta format yang tersendiri. Sebelum itu, kita haruslah mengetahui fungsi laporan itu dahulu sebelum terus mendalami tentang laporan. Laporan ini mempunyai fungsi yang sangat banyak tetapi fungsi terpenting yang dapat disenaraikan ialah seperti dalam rajah di atas.

Fungsi pertama laporan ialah untuk menyampaikan sesuatu maklumat yang penting. Antara maklumat penting yang dapat disampaikan melalui laporan ialah seperti memberitahu mengenai sejarah ataupun latar belakang sesuatu perkara, isu ataupun projek. Seterusnya adalah untuk menyimpan maklumat mengenai sesuatu proses, keadaan sesuatu perkara isu dan juga projek. Akhir sekali ialah sebagai bahan rekod untuk rujukan pada masa yang akan datang. Ianya penting apabila sesebuah pihak ingin menyemak maklumat mengenai perkara yang telah berlaku maka bahan rekod dalam bentuk laporan ini sangatlah penting.

Fungsi yang seterusnya ialah memberikan idea ataupun pengakuan dalam sesuatu masalah. Dengan adanya laporan ini, seseorang itu dapat membuat penilaian tentang tahap pencapaiannya serta tahap kegagalannya dalam sesuatu perkara ataupun projek. Selain itu juga, dengan adanya laporan bertulis ini, ia akan dapat memberi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya, dengan adanya kaedah laporan ini, seseorang itu dapat mengemukakan cadangan khusus untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Ini kerana dengan menggunakan laporan, sesuatu cadangan itu lebih mudah untuk difahami kerana ianya dalam bentuk yang formal.

Fungsi yang seterusnya ialah laporan digunakan untuk membuat sesuatu kesimpulan. Kebanyakan kesimpulan dibuat adalah untuk merumuskan proses sesuatu perkara ataupun projek yang dijalankan. Kesimpulan juga kadangkala digunakan untuk menjelaskan sebab dan akibatnya dalam sesebuah kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu perkara atau projek. Akhir sekali, apabila sesuatu penemuan yang baru dijumpai ataupun sesuatu perkara yang baru terhasil,maka kesimpulan yang menyeluruh diperlukan dan kesimpulan itu haruslah ditulis dalam format penulisan laporan.


2.3 Jenis laporan.

Dalam perkhidmatan kerajaan terdapat pelbagai jenis laporan, antaranya:-

l Laporan Minit Mesyuarat

l Laporan Berita

l Laporan Pemeriksaan

l Laporan Penyiasatan

l Laporan Kajian

l Laporan Lawatan

l Laporan Tahunan

l Laporan Kejadian/Peristiwa

l Laporan Aktiviti

l Laporan Klinikal

Setiap jenis laporan ini mepunyai format dan struktur yang berbeza-beza mengikut penggunaannya.

1.) LAPORAN MINIT MESYUARAT: -

l Tajuk

l Tarikh

l Masa

l Kehadiran

l Perutusan Pengerusi

l Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

l Perkara berbangkit

l Perbincangan agenda

l Hal-hal lain

l Ucapan penggulungan/penangguhan

2.) LAPORAN BERITA

Pengenalan

Tubuh/Isi

Penutup

Ø Prinsip penulisan berita : 5W + 1H

Ÿ What (apa): apa yang berlaku

Ÿ Where (di mana): di mana berlaku

Ÿ When (bila): bila ia berlaku

Ÿ Who (siapa): siapa terlibat

Ÿ Why (kenapa): kenapa berlaku

Ÿ How (bagaimana): bagaimana berlaku

3.) LAPORAN PEMERIKSAAN

Pengenalan

Ÿ Tajuk

Ÿ Pegawai telibat

Ÿ Tarikh pemeriksaan

Ÿ Tujuan / objektif

Ÿ Skop pemeriksaan (masa, bidang / perkara, tempat, pihak terlibat)

l Latar belakang

l Dapatan pemeriksaan

Ÿ Isu / masalah

Ÿ Sebab akibat

l Kesimpulan/rumusan

l Syor / cadangan / perakuan

4.) LAPORAN KAJIAN

l Tujuan

l Pengenalan / latar belakang

l Objektif kajian

l Skop (masa, bidang, tempat, pihak berkaitan)

l Kaedah kajian

l Rujukan

l Sampel, dan lain-lain

l Tempoh

l Perbelajaan

l Dapatan(findings)

l Isu

l Kesimpulan/rumusan

l Syor/Cadangan

l Perakuan

5.) LAPORAN LAWATAN

l Tajuk lawatan

l Tujuan dan skop laporan

l Huraian lawatan, tempat, bila, tempoh

l Itineri lawatan

l Dapatan, maklumat hasil lawatan

l Ulasan keseluruhan kejayaan / kegagalan lawatan

l Kesimpulan/rumusan

l Syor/Cadangan/Perakuan

l Lampiran

6.) LAPORAN TAHUNAN

l Tujuan

l Latar belakang organisasi

l Fungsi dan peranan

l Bidang tugas dan tanggungjawab

l Aktiviti utama

l Laporan lengkap aktiviti berdasarkan bidang tugas.

l Perancangan program aktiviti awal tahun.

l Pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun, bahagian / unit

l Sasaran dan pencapaian

l Masalah dan kekangan

l Implikasi kos dan sumber

l Penilaian pencapaian

l Pengurusan dan pentadbiran

l Sumbangan

l Kesimpulan/Rumusan

l Syor

7.) LAPORAN MEMORANDUM JEMAAH MENTERI

l Tujuan

l Latar belakang

l Asas – asas pertimbangan (ada tajuk kecil)

l Implikasi (Kewangan, Keselamatan, Pentadbiran, Perhubungan Luar dan sebagainya)

l Kesimpulan

l Ulasan Kementerian / Organisasi Pusat

l Syor

8.) LAPORAN PENYATA KEWANGAN

l Tujuan

l Latar belakang

l Kejayaan

l Kesan kepada rakyat / kumpulan sasaran

l Masalah dihadapi

l Kesimpulan

l Ulasan Kementerian dan Agensi Pusat

l Syor

2.4 Ciri-ciri laporan

Secara umumnya laporan terdiri daripada dua bentuk iaitu laporan yang berbentuk borang dan juga berbentuk terbuka iaitu jenis yang panjang. Laporan berbentuk borang ini selalunya digunakan untuk menulis laporan tentang kemalangan dan juga laporan berkala. Laporan yang berbentuk terbuka pula selalunya digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Antaranya ialah seperti laporan dalam membuat kesimpulan tentang sesuatu masalah, menyediakan laporan tahunan dan juga menyediakan laporan prestasi. Seterusnya dalam laporan terbuka juga terdapat jenis laporan pengakuan seperti laporan kajian tentang sesuatu perkara dan juga laporan bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

Ciri-ciri lain laporan ialah kesemua isi dan fakta serta maklumat yang diberikan mestilah yang betul dan tepat. Penulisan laporan mestilah menggunakan data semasa tetapi data yang terdahulu masih boleh digunakan dan boleh dijadikan sebagai perbandingan. Selain itu, laporan juga semestinya menggunakan isi-isi yang padat. Fakta mestilah ditulis seberapa ringkas yang boleh tetapi mestilah padat dan mencakupi semua perkara yang perlu bagi sesebuah laporan itu. Seterusnya, laporan juga mestilah mempunyai data, fakta dan maklumat yang lengkap. Dalam sesebuah laporan juga mestilah disertakan dengan lampiran yang sesuai serta menyatakan bahan-bahan rujukan yang digunakan bagi menyiapkan laporan yang ditulis.

Disamping itu, laporan juga mestilah jelas dan orang memahami apa yang ingin disampaikan. Huraian yang digunakan mestilah jelas dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Seterusnya,sesebuah laporan yang baik juga mestilah mengikut urutan logik serta mempunyai susun atur yang baik dan menarik. Selain itu juga, penggunaan bahasa dalam laporan mestilah dijaga dengan menggunakan ejaan yang baharu. Apabila menggunakan bahasa pinjaman,terjemahan Bahasa Inggeris mestilah disertakan.Istilah teknikal atau perkataan yang mungkin menimbulkan kekeliruan hendaklah dijelaskan sewajarnya. Seterusnya untuk lebih memudahkan pembaca, penjelasan dalam kurungan, nota kaki, atau lampiran penjelasan istilah dan perkataan yang menggunakan Bahasa Inggeris mestilah dicondongkan (italic).

3.0 Laporan kesalahan pada papan iklan.

Kesalahan ejaan : lorry sewa

Pembetulan : lori sewa

Lokasi bagi papan iklan ini ialah di hadapan pangsapuri Lumayan di Jalan Tasik Permaisuri,Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur. Kesalahan tatabahasa yang terdapat pada papan iklan ini ialah kesalahan penggunaan bahasa bagi ejaan “lorry”. Ejaan “lorry” ialah dalam Bahasa Inggeris manakala ejaan sewa pula dalam Bahasa Melayu. Sekiranya iklan ini ingin menggunakan ejaan Bahasa Melayu,ejaan “lorry” mesti ditukar kepada “lori” iaitu ejaan yang betul dalam Bahasa Melayu.

Lokasi papan iklan ini diambil ialah dikawasan premis makanan di Jalan Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur. Kesalahan yang terdapat pada papan iklan ini ialah pada ejaan “supekor”. Sepatutnya ejaan itu di jarakkan iaitu”sup ekor”. Ini kerana ejaan ini sememangnya perlu dijarakkan kerana perkataan sup dan ekor membawa dua maksud yang berbeza dan perkataan “supekor” bukanlah tergolong dalam kata majmuk. Oleh itu, perkataan “supekor” haruslah dijarakkan dan dieja dengan “sup ekor”.

Kesalahan ejaan : kedai perabut Yesun

Pembetulan : kedai perabot Yesun

Gambar ini diambil disekitar Jalan Ampang iaitu di Ampang Park. Jenis kesalahan yang tertera pada iklan tersebut ialah kesalahan tatabahasa dan kesalahan ejaan. Perkataan ‘di pindahkan’ sepatutnya dirapatkan menjadi ‘dipindahkan’ dan ejaan ‘perabut’ yang sepatutnya ialah ‘perabot’.

Untitled - 9Kesalahan ejaan :kecantikkan

Pembetulan : kecantikan

Gambar ini diambil di kawasan pasaraya di Jalan Ampang.Papan tanda ini mempunyai kesalahan ejaan. Perkataan ‘kecantikkan’ mempunyai kesalahan ejaan yang sepatutnya dieja “kecantikan”. Kesalahan ejaan ini sering kali salah walaupun ianya merupakan satu ejaan yang mudah. Ini kerana pihak terbabit hanya mengambil mudah tentang ejaan perkataan pada papan iklan.

Kesalahan ejaan : PUNTONG ROKOK

Pembetulan : PUNTUNG ROKOK

Notis ini mempunyai dua kesalahan bahasa iaitu dari segi ejaan dan penggunaan tatabahasa. Perkataan ‘puntong’ mempunyai kesalahan ejaan, sepatutnya adalah “puntung”. Ayat yang sepatutnya adalah ‘Jaga kebersihan. Buang sampah/puntung rokok di tempat yang disediakan. Pastikan suis kipas dan lampu ditutup sebelum meninggalkan tempat ini’. Perkataan di tutup sepatutnya dirapatkan kerana tutup merupakan kata kerja dan kata sendi di dan tutup tidak boleh dijarakkan.

Picture(20)

Kesalahan : SHARIKAT ENG CHONG MOTOR

MENBAIK MOTOR CYCLE

Pembetulan : SYARIKAT ENG CHONG MOTOR

MEMBAIKI MOTORSIKAL

Papan tanda ini mempunyai banyak kesalahan bahasa iaitu ejaan dan penggunaan Bahasa Inggeris. Perkataan ‘sharikat’ mempunyai kesalahan ejaan, sepatutnya adalah “syarikat”. Perkataan “menbaik” yang berasal daripada kata dasar baik, imbuhan awal dan akhir yang ditambah sepatutnya menjadi “membaiki”. Ayat ‘menbaik motor cycle’ adalah salah dari segi tatabahasa dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. “motor cycle” adalah perkataan daripada Bahasa Inggeris dan seharusnya diganti dengan “motorsikal”. Ayat yang sepatutnya adalah membaiki motorsikal.

Kesalahan ejaan : SILA GUNA GATE SEBELAH

Pembetulan : SILA GUNA PINTU DI SEBELAH

Papan tanda ini mempunyai kesalahan bahasa iaitu dari segi ejaan dan penggunaan Bahasa Inggeris. Perkataan ‘gate’ adalah perkataan Bahasa Inggeris dan harus diganti dengan ‘pintu’. Selain itu, terdapat kesalahan penggunaan tatabahasa. Ayat yang sepatutnya adalah ‘Sila gunakan pintu di sebelah’. Perkataan “di” mestilah ditambah sebelum perkataan “sebelah” kerana ianya merujuk kepada arah sesuatu tempat.

Kesalahan ejaan : Sila berdiri disebelah

Kiri untuk beri laluan

Pembetulan : Sila berdiri di sebelah

kiri untuk beri laluan

Gambar ini telah diambil di sebuah pusat membeli-belah di Ampang iaitu di Ampang Park. Papan tanda di atas mempunyai kesalahan ayat dan tatabahasa. Ayat di atas mempunyai kesalahan tatabahasa iaitu ‘disebelah’. Perkataan yang sepatutnya ialah ‘di sebelah’ kerana perkataan ‘sebelah’ tidak menunjukkan perbuatan dan mesti dijauhkan daripada imbuhan ‘di’. Kesalahan kedua ialah penggunaan huruf besar di dalam ayat iaiti ‘Kiri’. Ia sepatutnya ‘kiri’ kerana di dalam sesuatu ayat, huruf kecil mesti digunakan.

kesalahan ejaan : BAGGASI

Pembetulan : BAGASI

Gambar ini juga diambil di Ampang Park. Dapat dilihat dengan jelas, terdapat dua kesalahan pada papan arahan ini. Kesalahan yang pertama ialah papan arahan ini menggunakan Bahasa Inggeris untuk perkataan “boot”. Selain itu, ejaan “baggasi” juga salah kerana ejaan yang sebetulnya ialah “bagasi”. Jenis kesalahan yang berlaku dalam papan arahan di atas ialah kesalahan dalam penggunaan bahasa dan juga ejaan.

Kesalahan ejaan : MEMBELI Pembetulan : MEMBELI

Gambar yang diambil di sekitar Jalan Ampan. Papan iklan ini mengandungi kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan itu ialah ejaan ‘menbeli’ yang sepatutnya ialah ‘membeli’. Kesalahan ini merupakan satu kesalahan yang kecil tetapi tidak diberi perhatian yang tegas. Oleh itu, ianya mencacatkan papan iklan ini apabila terdapat orang –orang yang prihatin mengenai kesalahan pada papan iklan menegurnya.

Kesalahan ejaan : SILA GUNAKAN JEJANTAS UNTUK

MENYEBERANG JALAN

Pembetulan : SILA GUNAKAN JEJANTAS UNTUK

MENYEBERANGI JALAN

Gambar papan iklan di atas telah diambil di kawasan Jalan Ampang.Papan tanda di atas mempunyai kesalahan tatabahasa iaitu penggunaan imbuhan. Kesalahan imbuhan itu ialah pada ayat ‘SILA GUNAKAN JEJANTAS UNTUK MENYEBERANG JALAN’ iaitu mempunyai kesalahan imbuhan ‘i’ pada perkataan menyeberang. Ayat yang sepatutnya ialah perkataan menyeberang ditambah dengan imbuhan “I” dibelakangnya seperti ‘SILA GUNAKAN JEJANTAS UNTUK MENYEBERANGI JALAN’.

Selain daripada kesalahan pada papan iklan, masih banyak lagi kesalahan tatabahasa yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam penggunaan seharian. Kesalahan ini perlulah segera ditangani bagi mengelakkan daripada terus menular pada masa akan dating. Usaha meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul disegenap lapisan masyarakat adalah satu usaha yang murni. Namun bagi merealisasikan apa yang diusahakan, kita hendaklah bersama-sama menjaga dan memartabatkan bahasa ibunda kita ini, seterusnya memelihara keistimewaan Bahasa Melayu di negara kita. Terdapat pelbagai cara untuk memartabatkan bahasa ibunda kita, sebagai contoh, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan tiada penggunaan bahasa rojak.

Bahasa rojak ataupun bermaksud bahasa campuran digunakan secara meluas, terutamanya di kalangan remaja yang berada di bandar. Isu bahasa rojak ini membimbangkan banyak pihak kerana berkemampuan menjatuhkan martabat Bahasa Melayu. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia melaksanakan sebuah kempen penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Sebagai contoh, syarikat Media Prima baru-baru ini telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh. Sebelum ini, Media Prima telah menggunakan bahasa rojak, yang mana menggabungkan perkataan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Kecelaruan penggunaan bahasa di kalangan anggota masyarakat juga menjadi salah satu faktor pengabaian mereka terhadap aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan individu tidak memikirkan soal tatabahasa dalam penulisan mereka, apatah lagi ketika berlisan. Jika diperhatikan teks ucapan yang dibaca oleh individu tertentu seperti yang tersiar melalui televisyen, aspek tatabahasa tidak dipedulikan langsung. Demikian juga halnya dengan sesetengah media cetak, majalah tertentu di pasaran dan sebagainya. Sebagai contoh, di kebanyakan komik yang dijual di pasaran sekarang, terdapat penggunaan bahasa rojak dan kesalahan ejaan, contohnya “Malas le aku nak join”. Berdasarkan ayat disebelah, kita dapat lihat kesalahan ejaan dan penggunaan Bahasa Inggeris yang digabungkan dengan bahasa ibunda kita. Seperti yang kita sedia maklum, komik lazimnya dibaca oleh pelajar sekolah, tidak kira sekolah rendah mahupun menengah. Jika mereka terdedah dengan bahasa rojak ini, dibimbangi mereka akan menggunakan bahasa rojak ini dalam pembelajaran harian. Jika ini berlaku, siapa yang harus dipersalahkan?.

Pasti pada suatu ketika kita, terserempak dengan papan tanda yang tersalah ejaan dan terfikir bagaimanakah papan tanda tersebut diluluskan oleh majlis perbandaran? Kesilapan ejaan dalam papan tanda bukan sahaja berlaku di luar bandar, malah jika ditinjau, kesalahan tatabahasa ini, masih wujud di bandar-bandar besar. Kesalahan ejaan sebegini boleh mencemarkan bahasa ibunda kita. Bagaimana dengan usaha kita untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu sekiranya pihak berkuasa sendiri melakukan kesilapan tatabahasa?.

Bagi pihak kerajaan pula, jika kempen “budi bahasa budaya kita” boleh dilancarkan, tiada salahnya selepas ini disusuli dengan kempen penggunaan Bahasa Melayu dengan betul. Dalam kempen ini, apa kata kita mengambil masa bersama, menurunkan atau menggantikan semula papan tanda yang mempunyai kesalahan ejaan atau sebagainya dengan papan tanda yang mempunyai ejaan yang betul. Dengan ini, kita dapat menjaga maruah bahasa kita, seterusnya mengangkat martabat dan keistimewaan Bahasa Melayu.

4.0 Cadangan-cadangan mengatasi masalah ini.

Masalah kesalahan tatabahasa pada premis-premis awam ini sangatlah mengesalkan kepada mereka yang mahir dalam bahasa. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dalam perucapan seharian seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Sekiranya perkara ini tidak diendahkan, maka perkara yang sama akan terus berlaku dan berlalu. Dalam menangani masalah kesalahan pada papan iklan ini boleh dikurangkan dan seterusnya dilenyapkan apabila kesemua pihak memandang serius kepada masalah ini dan sering membantu sesama sendiri untuk memastikan tiada lagi kesalahan pada papan iklan yang digunakan.

Antara cadangan yang boleh dilaksanakan ialah pihak berkuasa tempatan membuat pemantauan sepanjang masa di sekitar kawasan kedai runcit dan juga pasar raya di semua kawasan. Pemantauan ini dilaksanakan untuk memastikan kesemua premis awam dan juga swasta menggunakan papan iklan yang menggunakan bahasa yang betul dan tepat. Berkemungkinan besar apabila ada rakyat dari negara lain yang akan mendakwa mengenai kesalahan yang dilakukan serta ianya bakal menjatuhkan maruah bahasa Malayu itu sendiri.

Selain itu, pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting mereka. Media massa boleh menguar-uarkan iklan mengenai kepentingan menjaga tatabahasa dalam penggunana seharian dan seterusnya mengiklankan supaya masyarakat tidak menggunakan ayat yang salah dalam sesuatu perkara yang penting dalam hidupnya. Antara kempen yang boleh disiarkan di media massa ialah dengan kempen mencintai bahasa kebangsaan, menggunakan bahasa yang betul dan pelbagai lagi. Berkemungkinan besar apabila kempen seperti ini sering disiarkan di kaca televisyen, maka ia akan dapat menarik perhatian seluruh rakyat yang melihat televisyen dan dapat memastikan perkara ini akan dipandang serius oleh pelbagai golongan pihak masyarakat.

Cadangan lain ialah pihak yang bertanggungjawab mengadakan ceramah dan juga kempen mengenai kepentingan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam semua perkara. Kempen ini bagi memastikan setiap pengguna bahasa terutamanya kepada peniaga-peniaga untuk memastikan papan iklan yang digunakan dan juga sebarang notis yang disiarkan mematuhi spesifikasi tatabahasa yang ditetapkan. “Bahasa jiwa bangsa” merupakan slogan yang sering dilaungkan untuk memastikan semua masyarakat sentiasa peka dengan penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian. Bagi memastikan semua harapan ini terlaksana, pihak yang bertanggungjawab wajarlah mempertingkatkan lagi usaha untuk memastikan masalah kesalahan bahasa terutama di premis-premis awam dapat dikurangkan.

Disamping itu, dalam usaha untuk mengatasi masalah kesalahan bahasa pada premis-premis awam atau swasta, pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan yang tegas dengan mengenakan denda terhadap mereka yang melakukan kesalahan bahasa pada papan iklan yang disiarkan. Hukuman ini bukanlah untuk membebankan pihak tertentu tetapi hanyalah untuk mengingatkan dan juga memberi teguran bahawa pentingnya penggunaan bahasa yang betul dalam setiap perkara yang dilaksanakan. Dalam melaksanakan denda ini, pihak yang berkuasa janganlah hanya mengenakan denda sahaja tetapi mestilah memberi nasihat serta memberi didikan kepada mereka yang melakukan kesalahan bahasa ini. Dengan itu, mereka akan menjadi lebih peka dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama bak kata pepatah “pisang tidak akan berbuah dua kali”. Oleh itu,tindakan mengenakan denda kepada mereka yang bersalah amatlah sesuai dijalankan bagi memastikan Bahasa Melayu sentiasa dijunjung dan dipelihara tatabahasanya.

Akhir sekali, murid-murid sekolah mestilah diberi didikan semenjak dari sekolah rendah lagi supaya menggunakan bahasa yang betul dalam karangan mereka. Didikan yang betul oleh guru-guru kepada anak murid amatlah penting bagi menerapkan rasa cinta kepada bahasa sendiri bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Apabila dididik semenjak usia muda lagi untuk menggunakan bahasa yang betul, maka apabila mereka sudah membesar kelak dan mempunyai premis sendiri, mereka tidak akan melakukan kesalahan bahasa lagi. Ini kerana mereka sudah dididik untuk sentiasa menggunakan bahasa yang tepat serta mencintai bahasa sendiri. Oleh itu, sangatlah penting didikan yang betul bermula daripada usia yang muda lagi untuk memastikan penggunaan bahasa sentiasa tepat dan mengikut perkembangan semasa.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan penggunaan bahasa yang betul digunakan pada papan iklan di setiap premis awam. Dengan itu, penggunaan Bahasa Melayu dapat dipertingkatkan dari masa ke masa dan seterusnya dapat mengurangkan kesalahan tatabahasa yang sering kita temui pada papan iklan. Akhirnya, Bahasa Melayu akan sentiasa dimartabatkan di peringkat tertinggi dan seterusnya memastikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama di negara ini sehingga mencapai matlamat wawasan 2020 negara kita iaitu Malaysia.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk memastikan penggunaan tatabahasa pada premis-premis awam dan juga swasta, semua pihak mestilah memainkan peranan masing-masing. Kebanyakan orang yang melakukan kesalahan ini adalah kerana mereka tidak begitu mengambil berat terhadap penggunaan bahasa serta mengambil mudah perkara ini sedangkan ianya merupakan satu isu berkaitan bahasa yang sangat sensitif.

Semasa kami menyiapkan kerja kursus pendek ini, banyak pengalaman serta pengetahuan yang dapat kami pelajari. Antaranya ialah sebagai seorang rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, kita seharusnya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Apabila mendapati berlaku kesalahan tatabahasa pada papan iklan kita seharusnya melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera. Selain itu, kita sendiri boleh menegur pemilik premis supaya memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan.

Selain itu, kami juga mendapati pentingnya menggunakan bahasa dengan betul dalam apa juga keadaan. Ini kerana, kita akan sering diperhatikan oleh orang di sekeliling kita apabila kita berbicara. Sekiranya apa yang kita perkatakan itu sesuatu yang salah mahupun dari segi tatabahasanya, ianya akan memberi suatu tanggapan yang tidak baik terhadap Bahasa Melayu.

Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mengatasi masalah kesalahan tatabahasa ini kerana kita tidak mahu ianya berterusan sampai bila-bila. Ini kerana, kita tidak mahu generasi yang akan datang terikut-ikut dengan kesalahan yang telah dilakukan kerana tidak mustahil sekiranya perkara ini berterusan pada masa akan datang, martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara akan jatuh dan akan mengakibatkan negara kita dipandang rendah oleh negara lain.

6.0 Lampiran.

Image015.jpggambar ini salah tatabahasa kerana perkataan “ di larang” dijauhkan kerana sepatutnya “ dilarang”.

Kesalahan gambar ini ialah salah dari segi ejaan kerana ejaan “motorsikal” sebenarnya ialah “motosikal”.

15072009483.jpg

Kesalahan dalam gambar di sebelah ialah perkataan “supekor” yang dieja rapat. Sepatutnya ejaan ia dijarakkan seperti “sup ekor”. Maka, papan iklan ini salah dari segi tatabahasanya.

15072009484.jpg

Kesalahan yang terdapat dalam gambar di sebelah ialah ejaan “pipe” yang menggunakan ejaan Bahasa Inggeris. Sepatutnya perkataan ini dieja “ paip” dalam Bahasa Melayu.

File0106.jpg

Kesalahan pada notis iklan disebelah ialah perkataan “lorry”. Sepatutnya perkataan ini dieja dengan “ lori ” dalam Bahasa Melayu.

Image(075).jpg

Papan notis di atas salah dari segi tatabahasanya kerana ejaan “di larang” dijarakkan. Sepatutnya ejaan itu dirapatkan iaitu “dilarang”.

misi gurney plaza 042.jpg

7.0 Bibliografi

Scribd ( 2008 ). Format Laporan. Diambil daripada laman web

http://www.scribd.com/doc/7366483/Contoh-Format-Laporan pada 23 ogos 2009 jam 09:35am.

Haji Said B. Hj Yussof ( 2004 ). Jenis laporan. Menulis Laporan melaui IT. Diambil daripada laman web http://www.ipa.gov.bn/webipa/pgm2004/pgm04_ict/it_A/m_1004laporanit.htm pada jam 13:45pm.

Tiada nama pengarang ( 2004 ). Kesalahan tatabahasa. Analisis kesalahan ejaan dan tatabahasa. Diambil daripada laman web http://tatabahasabm.tripod.com/tata/salahtata.html. jam 24 Ogos 2009 jam 12:23pm.

Mi Salleh( 2005 ). Kesalahan tatabahasa. Tatabahasa. Diambil daripada laman web http://www.angelfire.com/mi/salleh/tatabahasa.html pada 24 Ogos 2009 jam 02:30pm.

Nik Safiah Karim,Farid M. Omm, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood ( 1996 ). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur.

Hassan bin Ahmad ( 1967 ). “Beberapa Masalah dalam Penulisan Tatabahasa Melayu”, Dewan Bahasa.

No comments:

Post a Comment