Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

SEMESTER 2 - PRA PISMP :---> PENDIDIKAN JASMANI

OLAHRAGA

PRAKATA.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. yang telah memberi taufik dan hidayah yang melimpah ruah kepada saya sehingga projek ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Projek mengenai enam jenis sukan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan tentang sukan yang terdapat di Negara kita, Malaysia. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutama kepada penyelaras subjek Pendidikan Jasmani olahraga iaitu En. Govindarajan a/l Daniel yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi sokongan serta dorongan kepada saya untuk menyiapkan projek ini. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam menyiapkan projek ini, namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya. Segala peralatan dan keperluan untuk menyiapkan tugasan ini telah disediakan oleh kedua ibu dan bapa saya. Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinan saya akan mengalami kesukaran untuk menyiapkan projek ini dengan sebaik mungkin.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Selain itu, ucapan ini juga disampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu saya daripada belakang sama ada dalam menyediakan bahan serta membantu memberi sumbangan idea kepada saya. Terima kasih ini juga diberikan kerana mereka telah banyak memberi bimbingan, nasihat dan semangat kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.


1.0 PENDAHULUAN.

Sukan merupakan salah satu perkara penting dalam meningkatkan taraf kesihatan sesorang itu. Melalui sukan juga seseorang individu yang serba lengkap daripada segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dalm menyiapkan folio ini, enam jenis sukan telah dipilih untuk di kaji sejarah, peraturan permainan, ukuran gelanggang serta jenis peralatan dan ukuran alatan yang digunakan dalam sesuatu perlawanan itu. Sebagai contoh sukan yang dapat dipilih ialah seperti sukan teras kerana ianya melibatkan sesuatu yang popular. Selain itu juga, sebagai seorang bakal pendidik di masa akan datang, semestinya setiap guru pelatih mengetahui tentang sesuatu permainan itu. Kebanyakan guru pelatih akan mengajar pendidikan jasmani tetapi tidak dipastikan lagi. Selain itu juga, ini merupakan suatu jambatan ataupun satu peluang untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan mengenai sukan yang dijalankan. Apa yang lebih penting ialah mengetahui tentang apa yang penting dalam sesuatu sukan itu.

Selain daripada itu, sukan ini dipilih juga agar dapat meningkatkan lagi kefahaman tentang enam jenis sukan ini. Walaupun tidak menganjurkan sesuatu karnival, sememangnya tak dapat dinafikan bahawa sukan ini amat penting untuk semua orang kerana ianya memberi impak kepada kesihatan seseorang itu. Selain itu, daripada projek ini juga, saya mendapat lebih banyak pengetahuan tentang setiap peraturan bagi kesemua enam jenis permainan ini.


2.0 6 JENIS PERMAINAN.

2.1 PING-PONG

SEJARAH

Pada mulanya permainan ping-pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima,Whiff Wall,Flim Flam dan Table Tennis.

Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan ,istilah ping-pong dicipta,ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja. Pada tahun1902,seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai dan menarik minat orang ramai.

Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi.Pada sekitar tahun 30-an pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia.Pada masa itu pukulan 'spin' telah masyhur di kalangan para pemain.Pada tahun 1950-an,pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas.Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954 hingga 1959.Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah negara ping-pong yang handal.Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada meja.

Pada tahun 1970-an pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan pemain-pemain dari Asia. Pada tahun 1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia.Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa (ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table Tennis Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSS yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

2.1 Perseorangan

2.2 Bergu

2.3 Perseorangan bagi pemain bukan kaum Cina

3. BAHAGIAN UMUR

3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah

3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah

3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah

3.4 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah

4. PENYERTAAN

4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara perseorangan dan 2 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).

4.2 Bagi acara bukan kaum Cina, setiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 2 orang pemain perseorangan. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.

5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan sehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh perlawanan.

5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.

5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.

6. KELEWATAN

6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat, selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0, 11-0, 11-0.

7. PAKAIAN

7.1 Sila rujuk undang-undang ITTF.

7.2 Pakaian (Kemeja-T dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola ping pong.

8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN

8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikan dokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.

8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidak dibenarkan bertanding.

8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.

8.4Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen pengesanan had umur.

8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu, sertakan satu salinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.

9. ALATAN PERTANDINGAN

9.1 Meja bagi L/P 18,15 dan 12: 2.74m x 1.525m x 0.76m

9.2 Hanya bola berwarna putih atau jingga boleh digunakan.

10. BANTAHAN

10.1 Sila lihat Peraturan Am MSS Negeri.

11. JURI RAYUAN

11.1 Sila lihat Peraturan Am MSS Negeri

UKURAN GELANGGANG.

Ping-pong boleh dimainkan di dalam dewan atau lura dewan.Peralatannya tidak banyak.Ianya memerlukan sebuah meja, sebiji bola ,bet ping-pong dan 2 orang pemain(4 untuk bergu).Untuk mengawal permainan 2 orang pengadil diperlukan.

Ciri-ciri meja ping-pong.-satu garisan putih yang tebal 2cm di setiap sisi meja,permukaan meja berwarna hijau atau biru pudar,permukaan meja boleh diperbuat daripada apa sahaja tetapi mesti memberikan 'bum' bola lebih kurang 23cm tinggi apabila bola dijatuhkan pada ketinggian 30 cm,tinggi meja dari lantai ialah 76cm,dan meja berebentuk segiempat tepat.

Ciri-ciri bola ping-pong-bola berdiameter 30mm,berwarna kuning atau putih,diperbuat daripada baha seluloid dan berat bola 2.5 gram.

Ciri-ciri jaring-Panjang jaring ialah 1.85m dengan tinggi jaring daripada permukaan meja 1.525m

Ciri-ciri bet-tebal keselurahan getah dan span tidak melebihi 4mm.Semua getah bet di peringkat antarabangsa menpunyai logo ITTF,getah yang digunakan ialah getah terbalik'reverse'yang licin dan rata dengan lapisan bintik-bintik terbalik di bawah(inverted pimples) dan diikuti oleh satu lapisan span.Diperbuat daripada kayu yang lembut dan tidak melebihi 5 lapisan kayu.

Ciri-ciri pakaian-pakaian untu lelaki-baju lengan pendek,seluar pendek,stoking dan kasut.Pakaian untu wanita ialah baju lengan pendek/panjang,stoking dan kasut.Warna baju dan seluar adalah bebas.

GAMBAR 1: meja ping-pong beserta dengan ukuran sekali.


2.2 SEPAK TAKRAW.

SEJARAH

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Sepak Takraw Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala PBBM.

2. UNDANG-UNDANG/PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang Pertandingan Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3. PENYERTAAN

Sila rujuk Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN

Sila rujuk Perkara 4 Para 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

5. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

5.2 Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain sahaja. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

6. PAKAIAN PERTANDINGAN

6.1 Sila rujuk Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

6.2 Setaip pasukan hendaklah memakai pakaian seragam serta “ arm-band “ bagi Ketua Pasukan semasa pertandingan.

7. SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Sila rujuk Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

7.2 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2

Kalah - 0

7.3 Sistem kiraan 21 mata akan digunakan bagi semua perlawanan. Walau bagaimanapun sekiranya memasuki perlawanan set penentuan ( “ rubber set“ ) sistem kiraan 15 mata akan digunakan.

7.4. Jika terdapat jumlah mata yang sama perkiraan set menang/kalah dan penyertaan mata keseluruhan akan diambil kira untuk menentukan pemenang.

8. PERTUKARAN PEMAIN

Sila rujuk Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

9. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Sila rujuk Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

10. BANTAHAN

Sila rujuk Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

11. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan ahli-ahlinya adalah seperti berikut :-

Pengerusi : UKM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Sepak Takraw

Setiausaha : UKM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UKM

Wakil Persatuan Sepak Takraw


GELANGGANG PERMAINAN.

1. GELANGGANG
1.1 Ukuran gelanggangBerukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan setinggi 8m dari permukaan lantai ( gelanggang pasir dan rumput tidak digalakan).
1.2. Garisan GelanggangLebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0m dari sebarang halangan.
1.3. Garisan TerasGarisan selebar 0.02m yang membahagaikan gelanggang kepada 2 bahagian yang sama besar.
1.4. Garisan Suku BulatanPada pertemuan-silang antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah dilukis dari garisan tepi ke ke garisan tengah berjejari 0.9m diukur dan dilukis hala-keluar dari jejari 0.9m.
1.5. Bulatan Sepak MulaBulatan sepakmula berjejari 0.3m hendaklah dilukis pada petak kiri dan kanan gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45m dari garisan belakang gelanggang, 4.25m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05m dari garisan tepi. Garisan 0.04m ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3m.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrLm9xyHkkw0ke7n7aiW1zYyDOZKzxurjYu3c0sk3ub0cjxBabFZ5m1MaLJBp0P4KSju6V-YkVzSGx4ALteRZWxh9Y6hnncyOeXNFaM43GlFTznS2CFnZ4xgN2-AaghujmzizrJsdkGBxB/s320/rulescourt%5B1%5D.jpg

2.
TIANG
2.1 Ukuran tiangTiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55m (1.45m untuk Wanita) dari permukaan gelanggang dan hendaklah cukup teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya tidak boleh melebihi 0.04m.

2.2 Kedudukan TiangTiang hendaklah didirikan atau ditempatkan 0.3m dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.


3.
JARING
3.1 Jaring hendaklah diperbuat dari tali biasa atau nylon yang halus dengan siratan berukuran diantara 0.06m hingga 0.08m. Jaring hendaklah 0.7m lebar dan tidak melebihi 6.10m panjang dan pada kedua-dua hujungnya diletatkan pita 0.05m dari

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6Pr-aG2M4RO61_JBg8wlskjbG4Sxzbz5hwITnRNsrzAcfPNMYCei7Y_c3JylLqSIOfqgoY3Bv2y_pq_1RAMs-NTHPeNYbiPeim3WanPFzQ0t5II73mwNruX7L2JZDlmisYjDRaF6wDp-S/s320/genet%5B1%5D.jpg

bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi.Pita inidinamakan pita sempadan.
3.2. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05m yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52m (1.42m untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang dan 1.55m (1.45m untuk wanita) ditiang. a. 1.55m (1.42 untuk wanita) - ukuran ditepi tiangb. 1.52m (1.45 untuk wanita) - ukuran dibahagian tengah jaring.

4.
BOLA SEPAK TAKRAW
Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-in7pOmqacqZzR8sUzSCD9lACkMT6h7mhwgTRmLaOVwVyKkE5Q02jo3VPQ2NZYG4J55tTi1fN21NZdQwRLcQQR0b8mEGQTmugHYOCBbkrDsq9U53IA3kD5NVACdkKZb-UIOKpJoStQNvX/s320/wcup%5B1%5D.jpg

tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya mestilah diantara 0.42m hingga 0.44m (0.43m hingga hingga 0.45m untuk Wanita).
Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170gm hingga 180gm (150gm hingga 160gm untuk Wanita).

2.3 BADMINTON.

SEJARAH

Battledore and Shuttlecock. 1854, dari Arkib John Leech

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.

Sukan baru ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire, yang dimiliki oleh Duke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada "The Game of Badminton," dan, nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton. Sehingga 1887 sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas itu telah dicipta pada 1887.[3] Pada 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan, seakan-akan menyamai peraturan ketika ini, dan secara rasmi dilancarkan sebuah peraturan iaitu "Dunbar" di 6 Waverley Grove, Portsmouth, England pada 13 September tahun yang sama Mereka juga mula menganjurkan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England, kejohanan badminton pertamd di dunia, pada 1899.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas. India menyertai pertubuhan ini pada 1936. Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan ini secara global.

Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Eropah. China, Indonesia, Korea Selatan, dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana China sering menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

1. Undang-Undang Permainan

Kejohanan ini akan dijalankan mengikut undang-undang permainan badminton

Antarabangsa (IBF) dan kebangsaan yang sedang dikuatkuasakan dan juga

peraturan khas yang menguasai pertandingan/kejohanan tersebut di atas.

2. Peraturan Pertandingan

Mengikut Undang-Undang dan Peraturan Am Pertandingan Sukan Kolej

Universiti Putra Malaysia) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan sukan ini.

3. Jenis Pertandingan

Pertandingan berpasukan antara kolej-kolej Universiti Putra Malaysia dan

pasukan Jemputan Universiti Putra Malaysia

4. Pendaftaran Pemain / Pembentukan Pasukan

4.1 Bilangan Pemain

4.1.1 Pasukan Lelaki (9 orang)

4.1.2 Pasukan Wanita (9 orang)

4.2 Seorang pemain dibenarkan hanya bermain dalam satu acara sahaja

4.3 Susunan perlawanan lelaki dan wanita adalah seperti berikut

4.3.1 Perseorangan pertama

4.3.2 Bergu pertama

4.3.3 Perseorangan kedua

4.3.4 Bergu kedua

4.3.5 Perseorangan ketiga

4.4 Borang Penyertaan

4.4.1 Borang penyertaan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

4.5 Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah disampaikan

kepada referi Kehormat 30 minit sebelum sesuatu pertandingan

dimulakan.

5. Pakaian

5.1 Lelaki/wanita

5.1.1 Bersesuaian dengan permainan badminton serta kasut sukan

bertapak putih sahaja.

6. Peralatan

6.1 Bulu tangkis

6.1.1 Jenama yang sesuai akan digunakan.

GELANGGANG PERMAINAN.

Gelanggang badminton mempunyai panjang 13.40 meter dan lebar 6.10 meter. Setiap gelanggang digarisi dengan garisan servis panjang, garisan luar ganda, garisan tengah, garisan servis pendek dan net yang berukuran 1.55 meter tinggi.

Gelanggang badminton untuk permainan individu berbeza dengan permainan beregu. Untuk permainan individu garisan luar tidak dikira jika shuttlecock jatuh diluar garisan kedua dalam maka ia dianggap keluar. Dalam permainan beregu pula garisan luar dikira jika servis shuttlecock jatuh di luar garisan servis panjang dikira keluar atau long.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/32/Badminton_Peter_Gade.jpg/180px-Badminton_Peter_Gade.jpg

2.4 SKUASY.

SEJARAH SKUASY.

Permainan Skuasy adalah permainan yang mudah dipelajari. Peraturan permainannya mudah difahami oleh pemain. Skuasy dimainkan di dalam gelanggang tertutup yang merupakan sebuah bilik kosong bersiling tinggi dan mempunyai empat dinding termasuk dinding belakang. Matlamat permainannya ialah untuk mendapatkan mata dengan melakukan servis, dan memukul bola supaya lawan tidak dapat mengambil bola yang dipukul itu.

Di England, beberapa sekolah mula mencuba dalam permainan ini dengan mendirikan gelanggang sendiri. Pada tahun 1825, permainan ini telah diperkenalkan di Sekolah Harrow. Perkataan skuasy adalah dipercayai diambil dari bunyi bola semasa ia terkena raket. Pada mulanya, skuasy dimainkan secara suka-suka sahaja. Selepas perang dunia pertama, ia telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Persatuan Skuasy di England ditubuhkan pada tahun 1929. Pada tahun-tahun awal pertandingan skuasy, ianya telah dimenangi oleh pemain-pemain Inggeris, tetapi selepas tahun 1950-an permainan ini telah dikuasai oleh Negara Pakistan yang dimulai oleh Hashim Khan. Kemudian, diikuti pula oleh adiknya Azam Khan dan supupunya Roshan Khan.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Permainan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Skuasy Raket Antarabangsa (ISRF) dan SAF 2008

2. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan secara individu

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Tiap-tiap fakulti boleh mendaftar seramai 5 pemain lelaki dan wanita.

3.2 Senarai pendaftaran pemain hendaklah disertakan kepada Urusetia Pertandingan sebelum tarikh undian

3.3 Penambahan kepada senarai pemain tidak dibenarkan semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan kecuali hanya dibenarkan pertukaran pemain sahaja bagi pemain namanya belum didaftarkan lagi.

4. SISTEM PERTANDINGAN

Tiap-tiap perlawanan akan diputuskan oleh 3 set yang terbaik dengan kiraan 9 mata setiap set.

5. BOLA PERLAWANAN

Bola yang dibenarkan sepanjang pertandingan adalah bola jenis Dunlop Yellow XX atau setaraf dengannya dan akan disediakan oleh pihak pengelola.

6. PEMAIN PILIHAN (SEEDED)

6.1 Pemain-pemain yang pernah mewakili Masum atau UiTM dalan Sukan Antara Universiti-Universiti Malaysia akan diberikan keutamaan sebagai pemain pilihan (seeded).

6.2 Pemain-pemain yang juga pernah mewakili negeri atau negara atau mempunyai rekod cemerlang juga akan diberi keutamaan, manakala bagi yang selainnya akan diundi secara rawak.

7. MELAPOR DIRI/KELEWATAN

Semua pemain hendaklah melapor diri kepada Pengadil Kehormat setelah namanya diumukan untuk bermain. Masa selama 15 minit sahaja diberikan kepada pemain yang lewat dan selepas itu lawannya akan diberikan kemenangan percuma kepada lawan.

8. PAKAIAN

Bersesuaian dengan permainan skuasy.

9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan SAF yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

GELANGGANG PERMAINAN.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/e/ec/Squash_Court.PNG

Gambar 1 : gelanggang perlawanan skuasy

ALATAN PERMAINAN.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d2/Squash-racquet-and-ball.jpg

GAMBAR 2: raket skuasy

2.5 BOLA SEPAK.

SEJARAH

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.

Undang-Undang Permainan terkini terdiri daripada 17 undang-undangnya yang tersendiri:

Law 1: The Field of Play

Law 2: Bola

Law 3: The Number of Players

Law 4: The Players' Equipment

Law 5: The Referee

Law 6: The Assistant Referees

Law 7: The Duration of the Match

Law 8: The Start and Restart of Play

Law 9: The Ball In and Out of Play

Law 10: The Method of Scoring

Law 11: Offside

Law 12: Fouls and Misconduct

Law 13: Free Kicks

Law 14: The Penalty Kick

Law 15: The Throw-In

Law 16: The Goal Kick

Law 17: The Corner Kick

GELANGGANG PERMAINAN.

Padang hendaklah berbentuk segi empat tepat. Garisan tepi hendaklah lebih panjang dari garisan gol.

Panjang : Minimum : 90 m( 100 ela)

Maksimum : 120 m ( 130 ela)

Lebar : Minimum : 45 m( 50 ela)

Maksimum : 90 m ( 100 ela)

Perlawanan Antarabangsa

Panjang : Minimum : 100 m(110 ela)

Maksimum : 110 m ( 120 ela)

Lebar : Minimum : 64 m( 70 ela)

Maksimum : 75 m( 80 ela)

Tanda-tanda

· Padang permainan hendaklah ditandakan oleh garisan. Garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya sebagai sempadan.

· Dua garisan sempadan yang lebih panjang adalah garisan tepi. Dua garisan yang pendek adalah garisan gol.

· Semua garisan tidak melebihi 12 sentimeter ( 5 inci) lebarnya.

· Padang permainan dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah.

· Pusat padang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan mengelilinginya.

Kawasan Gol

· Satu kawasan gol penalti dikenal pasti pada kedua-dua penghujung padang seperti berikut :

· Dua garisan hendaklah ditanda bersudut tepat dengan garisan gol, 16.5 meter (18 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini hendaklah dipanjangkan 16.5 meter (18 ela) ke dalam padang permainan dan disambungkan dengan satu garisan yang selari dengan garisan gol. Kawasan yang disempadankan oleh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan penalti.

· Di dalam setiap kawasan penalti satu tanda penalti dibuat 11 meter (12 ela) dari pertengahan garisan gol di antara tiang-tiang gol dan sama jarak darinya. Suatu garisan lengkuk berjejari 9.15 meter (10 ela) ditandakan dari setiap penalti di luar kawasan penalti

Tiang bendera

· Satu tiang bendera, tidak kurang dari 1.5 meter ( 5 kaki) tingginya, bahagian atasnya tidak ditajamkan dan suatu bendera diletakkan pada setiap penjuru.

· Tiang bendera boleh juga diletakkan di penghujung garisan tengah, tidak kurang daripada 1 meter (1 ela) di luar garisan tepi.

Lengkuk Penjuru

· Suatu suku bulatan dengan jejari 1 meter(1 ela) dari setiap tiang bendera penjuru ditandakan di dalam padang permainan.

Tiang dan Palang Gol

· Tiang-tiang gol hendaklah di pertengahan setiap garisan gol.

· Ia mengandungi dua tiang tegak yang sama jaraknya dari tiang bendera penjuru dan disambungkan dibahagian atasnya oleh suatu oleh palang melintang di mana jarak di antara kedua-dua tiang gol ialah 7.32 meter ( 8ela) dan jarak dari bahagian bawah palang gol ke tanah ialah 2.44 meter ( 8 kaki).

· Kedua-dua tiang gol dan palang gol mempunyai lebar dan tebal yang sama iaitu tidak melebihi 12sm (5 inci). Garisan gol hendaklah sama lebarnya dengan tiang dan palang gol. Jaring boleh dipasang kepada gol dan bahagian tanah di belakang gol, dengan syarat ia disokong dengan betul dan tidak mengganggu penjaga gol.

· Tiang dan palang gol hendaklah berwarna putih.

2.6 BOLA TAMPAR

SEJARAH

Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul.

Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemaain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankan dalam permainan ini. Sukan bola tampar di Malaysia bermula sekitar tahun 1920-an di Pulau Pinang. Ia dipopularkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang daripada Universiti Chi-Nan, Shanfhai, sebelum berkembang di Selangor dan negeri-negeri lain.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG.

Undang-undang dan peraturan pertandingan adalah mengikut peraturan rasmi Persatuan Bola Tampar Malaysia ( MAVA ) / FIVB.

2.1 SISTEM PERTANDINGAN

2.1.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam dua kumpulan ( kumpulan A dan

kumpulan B ).

2.1.2 Johan dan naib johan kumpulan akan bertanding pada peringkat separuh akhir.

2.1.3 Johan kumpulan A akan bertemu naib johan kumpulan B, manakala johan

kumpulan B akan bertemu naib johan kumpulan A.

2.2 CARA MEMUTUSKAN KEMENANGAN

2.2.1 Mata kemenangan ialah 25 mata.

2.2.2 Perlawanan dalam pusingan awal akan dijalankan dalam tiga set sahaja ( best of 3

2.2.3 Perlawanan dalam pusingan separuh akhir dan akhir akan dijalankan dalam 5 set.

2.4 Pasukan yang mendapat dua kemenangan Berturut-turut tidak perlu bermain dalam

set seterusnya.

2.2.5 Pasukan yang terikat dengan kemenangan 1-1atau 2-2 dalam pusingan kedua akan

bermain dalam set penentuan (rubber set) dengan mata kemenangan ialah 15 mata.

2.2.6 Sekiranya berlaku seri pada mata 24-24 atau 14-14 (set ke 5) permainan akan

diteruskan sehingga skor kelebihan 2 mata diperolehi.

2.2.7 Maksima kelebihan 2 mata oleh pasukan yang mendapat 27 mata terdahulu,atau 17

mata dalam set ke 5 akan dikira sebagai pemenang.

2.3 SISTEM MATA

MENANG 2 MATA

KALAH 0 MATA

2.4 HADIAH

Hadiah akan diberi kepada pemenang tempat 1 hingga tempat ke 4 sahaja.

2.5 KELEWATAN

2.5.1 Pasukan yang lewat setelah 10 minit pengadil meniupkan wisel akan dikira kalah.

2.5.2 Pasukan pihak lawan akan diberikan kemenangan dengan mata 2- 0

2.5.3 Rujuk kepada undang-undang dan peraturan rasmi

2.6 BANTAHAN

2.6.1 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.6.2 Sebarang bantahan adalah tidak dibenarkan.



No comments:

Post a Comment