Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

PRA PISMP : --> PENDIDIKAN JASMANI

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN MINI (TRADISIONAL)

KERTAS KERJA

TUGASAN PROJEK KARNIVAL MINI SENAMAN

KELAS J 1.11

INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS

1.0 PENDAHULUAN

Kelas J 1.11 akan menganjurkan satu program iaitu Karnival Mini Senaman Tradisional. Program ini di anjurkan pada 18 September 2008 bertempat di Dewan Perdana IPIK. Program ini akan disertai oleh kelas J 1.10 dan J 1.11. Perasmian karnival ini akan dilakukan oleh Pensyarah penasihat projek, En. Zulkarnain Ali Pendidikan .Bagi memeriahkan karnival ini, semua program yang dijalankan akan ditawarkan hadiah cenderahati. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sebagai latihan kepada ahli kelas J 1.11 untuk belajar menguruskan sesuatu aktiviti.

2.0 RASIONAL

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, Karnival Mini Senaman ini amat bersesuai sebagai satu medium untuk mecapai hasrat falsafah ini. Hal ini disebabkan, Karnival Mini Senaman ini menerapkan pengalaman langsung yang lebih berkesan mengenai sahsiah bersepadu, interaksi sosial dan keprihatinan terhadap unsur-unsur peninggalan tradisional disamping menjana minda yang lebih efektif serta melahirkan insan yang sihat dan cergas.

3.0 MATLAMAT

Program ini dirancang dengan penuh teliti dan dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan supaya semua kelas yang terlibat dalam karnival dapat menghayati kepelbagaian senaman yang boleh dilakukan untuk menyihatkan tubuh badan. Program ini juga bertujuan untuk mengenengahkan permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini terutamanya kepada guru-guru pelati

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi kesedaran kepada semua yang terlibat tentang pentingnya senaman untuk kesihatan tubuh badan bukan sahaja untuk hari-hari bekerja tetapi juga untuk hari cuti.

4.2 Memberi kefahaman tentang jenis-jenis aktiviti senaman yang boleh dijalankan.

4.3 Membina semangat kerjasama antara ahli kumpulan yang bertanding.

4.4 Membina hubungan kemesraan antara pelajar baru Ambilan Julai 2008.

4.5 Memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi sekarang.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 Tarikh : 22 September 2008

5.2 Masa : 4:00 p.m

5.3 Tempat : Gelanggang Tenis (dihadapan dewan Perdana)

Padang IPIK

5.4 Aktiviti : Permainan Tradisional

· Teng-teng

· Tujuh tin

· Sepak raga

· Galah panjang

6.0 KUMPULAN PESERTA YANG TERLIBAT

6.1 Kumpulan yang terlibat adalah kelas J 1.10 dan J 1.11.

6.2 Berikut adalah wakil daripada kumpulan J 1.11:-

PERMAINAN

PESERTA

TENG-TENG

  • NOOR ASIAH BT MOHD NOOR
  • DHAVASINI A/P ARUMUGHAM
  • NUR IZZATI BT ABD WAHAB

TUJUH TIN

  • MOHD SAIFUL AZWA B JUSOF
  • NIK MOHAZMEE NIK MUSTAPHA
  • MOHD AMIR FADZIZAN B MOHAMED ZAKI
  • MUHAMAD BUKHARI B ABDULLAH
  • MUHAMMAD NAKHIEUDDIN B MOHD FAUZI

SEPAK RAGA

  • SYAFIQ B ZAINAL
  • MUHAMAD BUKHARI B ABDULLAH
  • MOHAMAD FAHRUDDIN

GALAH PANJANG

PEREMPUAN

  • SH. FAKHIRA
  • NUR FATEN ISMAIL
  • AINUL MARDHIYAH
  • NOOR ASIAH BT MOHD NOOR

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pensyarah Penasihat : En. Zulkanain Ali

Pengarah Program : Mohd Aliff Hakimi B. Mohd Hassan

Pen. Pengarah Program : Nurfaten Bt. Ismail

Setiausaha Program : Muhamad Bukhari B. Abdullah

Bendahari Program : Mohamad Fahruddin B. MohdFazain

AJK PELAKSANAAN

Aktiviti : Abdul Hadi B.Khalid

Ahmad Azhan B. Mohamed@Adam

Mohd Amir Fadzizan B.Muhamed Zaki

Mohd Nurul Sholihin B. Ab.Rani

Peralatan : Mohd Fauzan B.Yusoff

Mohammad Saiful Azwa B. Jusuh Muhammad Nakhieuddin B. Mohd Fauzi

Tempat Pertandingan : Nik Mohd Muhazmee B.Nik Mustapha

Syafiq B. Zainal

Kebersihan : Afifah Bt. Azizan

Ainul Mardhiyah Bt. Mansor

Dhavasini A/P Arumughan

Noor Asiah Bt. Mohd Noor

Nur Izzati Bt. Abd Wahab

Sharifah Fakhira Bt. Syed Mahbar Nusyazwani Bt. Abdullah

AJK PERTANDINGAN

Galah panjang : Muhamad Bukhari B. Abdullah

Nur Izzati Bt.Abd Wahab

Sepak Raga bulatan : Nik Mohd Muhazmee B. Nik Mustapha

Ahmad Azhan B. Mohamed@Adam

Tuju tin : Mohd Fahruddin B.Mohd Fazain

Ainul Mardhiyah Bt. Mansor

Teng-teng : Mohammad Saiful Azwa B. Jusuh

Noor Asiah Bt. Mohd Noor

BIDANG TUGAS AJK

  1. PENSYARAH

Sentiasa berbincang dan memberi panduan serta nasihat tentang persiapan dan perjalanan hari Karnival Sukan Mini(Tradisional) dengan para pelajar kelas J 1.11.

Memantau kemajuan persiapan karnival, perjalanan karnival dan selepas karnival.

  1. PENGARAH PROGRAM

Sentiasa memantau perkembangan persiapan sebelum, semasa dan sesudah karnival.

Sentiasa berbincang dengan AJK pengelola tentang tentatif karnival.

  1. AKTIVITI

Merangka aktiviti yang akan dijalankan pada hari karnival.

Merangka peraturan untuk setiap aktiviti pada hari karnival.

Mengawal keadaan para pelajar yang mengikuti hari karnival.

  1. PERALATAN

Menyediakan peralatan yang di perlukan sebelum, semasa, dan pada hari karnival.

Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan yang baik dan tidak memudaratkan semua yang terlibat.

Mengawal sistem bunyi pada hari karnival.

  1. TEMPAT PERTANDINGAN

Mengurus kawasan aktiviti pada hari karnival.

Memastikan segala peralatan untuk digunakan pada hari aktiviti

mencukupi bagi setiap aktiviti.

  1. KEBERSIHAN

Mengemas dan menghias kawasan pertandingan agar menarik perhatian untuk menyertai karnival ini.

Memastikan tiada sampah yang dibuang merata-rata pada hari karnival.

  1. AJK PERTANDINGAN

Mengawal keadaan peserta pada hari karnival.

Memastikan peserta mematuhi peraturan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Memastikan agar tidak berlaku sebarang kemalangan terhadap para peserta aktiviti.

Bertindak sebagai pengadil pertandingan.

PROSEDUR PERTANDINGAN

1) Galah Panjang (lelaki dan perempuan)

· Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli.

· Setiap kumpulan diberikan masa 3 minit untuk menghabiskan pertandingan.

· Pakaian peserta hendaklah seragam mengikut kumpulan.

· Kumpulan penyerang akan perlu melepasi kumpulan bertahan tanpa disentuh dan berpatah balik untuk mendapatkan mata.

· Kumpulan yang bertahan hendaklah menyentuh kumpulan yang menyerang untuk mematikan pemain kumpulan menyerang.

· Kumpulan bertahan hanya boleh berada di satu garisan bagi setiap pemain.

· Mata dikira berdasarkan jumlah pemain yang melepasi halangan.

2) Sepak Raga Bulatan (lelaki sahaja)

· Setiap kumpulan harus mempunyai 3 orang ahli.

· Setiap kumpulan diberi 3 nyawa(peluang) untuk menimbang bola.

· Pemain akan menimbang bola di dalam bulatan yang disediakan.

· Pemain yang terkeluar daripada bulatan juga dikira timbangan mereka tamat.

· Pasukan yang mengutip bilangan timbangan paling banyak dikira sebagai pemenang.

· Pakaian peserta hendaklah seragam mengikut kumpulan dan wajib berkasut.

3) Tuju Tin (lelaki sahaja)

· Setiap kelas hanya boleh menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang sahaja.

· Setiap kumpulan akan diberi 2 kali( 1 kali peluang untuk menyusun tin yang telah dijatuhkan dan 1 kali bertahan.)

· Pemain hanya akan bermain di dalam kawasan permainan yang disediakan sahaja.

· Kumpulan yang bertahan perlu membaling bola ke arah kumpulan yang menyerang untuk mematikan pemain.

· Bagi pemain yang sudah mati, mereka hendaklah keluar daripada kawasan permainan.

· Pemain yang bertahan tidak boleh bergerak ketika bola berada di tangan dan jika tidak,penalti(denda) akan dikenakan.

· Penalti merupakan tambahan masa kepada kumpulan yang melakukan kesalahan sebanyak 3 saat.

· Kumpulan yang mencatat masa terpantas untuk menyusun tin dikira sebagai pemenang.

· Pakaian hendaklah sopan dan sesuai pada hari karnival.

4) Teng-Teng (Perempuan sahaja)

· Setiap kelas perlu menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 3 orang sahaja

· Pemain yang memijak garisan akan dianggpap batal dan hilang giliran.

· Pemain hendaklah sentiasa melompat.

· Giliran pemain adalah bergilir-gilir dengan pemain lawan.

· Pasukan pertama yang mendapat (rumah) akan dikira sebagai pemenang.

· Pakaian hendaklah sopan dan sesuai pada hari karnival

ATURCARA MAJLIS

Tarikh : 22 September 2008

Masa : 4.00 petang – 6.00 petang

4.00 petang :- Kelas-kelas yang terlibat mula berkumpul di padang IPIK

:- Ketibaan Pensyarah

4.30 petang :- Ucapan aluan dari Pengarah projek karnival mini senaman permainan tradisional

:- Perasmian oleh Pensyarah subjek.

5.00 petang :- Acara di mulakan

● Pertandingan sepak raga

● Pertandingan Galah Panjang

●Pertandingan Baling Tin

●Pertandingan Teng-Teng

5.45 petang :- Penyampaian Hadiah

6.00 petang :- Bersurai

IMPLIKASI KEWANGAN

Bil

Perkara

Perbelanjaan

Jumlah

1.

Barangan keperluan aktiviti(termasuk hadiah)

Sukan

Galah panjang

Tempat pertama= RM 5

Tempat Kedua = RM 3

Sepak raga bulatan

Tempat pertama= RM 5

Tempat kedua = RM 3

Baling Tin

Tempat pertama= RM 5

Tempat kedua = RM 3

Teng-teng

Tempat pertama=RM 5

Tempat kedua=RM 3

RM 10

RM 10

RM 10

RM 10

JUMLAH

RM 40

KESIMPULAN

Sambutan Karnival Sukan Mini Tradisional ini perlu diadakan di IPIK sekurang-kurangnya sekali sebulan, untuk memupuk nilai suka bersukan dan mengaenali sukan-sukan tradisi masyarakat dalam diri warga IPIK terutama kepada para pelajar baru yang pertama kali menjejakkan kaki ke IPTA. Karnival ini dirancang dengan penuh tarikan supaya dapat menarik minat para pelajar menyertainya. Melalui karnival ini, diharap agar dapat menggalakkan para pelajar yang menyertainya berminat untuk bersukan selain mengisi masa lapang dan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Dengan penganjuran karnival ini juga diharap para pelajar yang menyertainya mengeluarkan segala kemahiran dan bakat yang terpendam untuk diketengahkan sama ada di peringkat IPIK ataupun peringkat yang lebih tinggi. Disamping itu, karnival ini dirancang sebagai salah satu tugasan berkumpulan kelas J 1.11.


MINIT-MINIT MESYUARAT

  1. 10 0G0S 2008

· Pemilihan dan pembahagian AJK dilakukan.

· Perbincangan tugas AJK yang dilantik.

· Perbincangan permulaan bagi pemilihan aktiviti yang bakal dijalankan.

  1. 17 OGOS 2008

· Perbincangan tentang kertas kerja.

· AJK melaporkan perkembangan tugas.

· Pemilihan tempat,masa dan tarikh aktiviti diperbincangkan.

· AJK pertandingan dilantik.

· Dana aktiviti diperbincangkan dan dikumpul

  1. 15 SEPTEMBER 2008

· Mengemaskinikan kertas kerja dan di serahkan kepada pensyarah penasihat.

· Persediaan terakhir dijalankan

· Hadiah dan cenderamata dibincangkan dan disediakan oleh AJK yang terlibat.

· Pendaftaran pemain yang terlibat.

· Tapak aktiviti dipantau dan dikemaskinikan.

No comments:

Post a Comment