Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

SEMESTER 2 - PRA PISMP :---> PENDIDIKAN JASMANI

SUKAN DAN PELANCONGAN

ISI KANDUNGAN.

BIL.

TOPIK

MUKA SURAT

1.0

Pengenalan

2

2.0

Definisi

2.1 : definisi pelancongan

2.2 : definisi sukan pelancongan

3 - 4

3.0

Kelebihan sukan pelancongan di Malaysia.

5

4.0

Masalah yang berkaitan dengan sukan pelancongan

6

5.0

Ciri-ciri sukan pelancongan

5.1 : pelancongan sukan mewah

7 - 10

6.0

Kesimpulan

11

7.0

Lampiran

12

8.0

Bibliografi

13

PENGENALAN

Malaysia kini semakin giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik. Penganjuran sukan seperti Sukan Komanwel 1998, Formula 1, Powerboat, Le Tour De Langkawi dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia.

Ketibaan pelancong dari Negara luar ke Malaysia dianggarkan meningkat kepada 4.3% pada setiap tahun dan menjelang tahun 2020 ketibaan pelancong dijangka akan mencecah sehingga 1.6 bilion dan salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan tersebut adalah pelancongan sukan ( Simon, 2003 ). Berdasarkan (Getz, 1994) pelancongan acara didefinasikan seperti berikut:

“The systematic planning, development, and marketing of events as tourist

attractions, catalysts for other developments, image builders, and animators of

attractions and destinations areas”

Berdasarkan definisi diatas pelancongan acara merupakan satu perancangan,

pembangunan dan pemasaran yang sistematik untuk menarik pelancong atau

pengunjung ke sesebuah destinasi.

Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka.

DEFINISI

DEFINISI PELANCONGAN .

Pelancongan boleh didefinisikan daripada pelbagai perspektif. Berdasarkan definisi-definisi yang diketengahkan, maksud pelancongan dibincangkan secara menyeluruh serta mendalam supaya pengertiannya dapat difahami dengan jelas. Definisi mengenai pelancongan ini telah didefinisikan oleh ramai pakar-pakar dalam bidang ini. Salah satu definisi pelancongan ialah daripada Jafari (1977) iaitu beliau mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula jadi mereka serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas diri mereka dan industri itu daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.”

Selain itu, Leiper (1981) telah menjelaskan pelancongan sebagai, “Suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari.”

Definisi yang terbaru mengenai pelancongan pula ialah melalui McIntosh dan rakan-rakan (1995). Menurut mereka, “Pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan, kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan pelawat asing.” Secara tidak langsung, definisi ini menjelaskan pelancongan adalah lawatan atau pengembaraan ke suatu tempat lain dalam tempoh semalam, bertujuan berhibur, berehat, berniaga dan sebagainya. Malah, definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utama dalam pengertian pelancongan iaitu:

1. Pelancong: Mereka yang keluar ke suatu destinasi lain bagi beberapa tujuan.

2. Perniagaan: Mereka yang terlibat dengan membekalkan barangan ataupun perkhidmatan dalam industri pelancongan di samping memenuhi permintaan pelancong.

3. Kerajaan: Mereka yang terlibat dalam memenuhi ekonomi sama ada berbentuk pendapatan tuan rumah ataupun pendapatan hasil daripada kedatangan pelancong.

4. Tuan rumah: Mereka yang terlibat secara langsung dengan destinasi terpilih di samping menjaga budaya masyarakat destinasi itu. Jelas di sini apabila memperkatakan pelancongan, aspek yang perlu diberi penekanan adalah kewujudan pelancong, pembekal barangan ataupun perkhidmatan pelancongan, kerajaan dan juga tuan rumah destinasi yang terpilih.

DEFINISI PELANCONGAN SUKAN.

Pelancongan sukan ini telah didefinisikan sebagai “The systematic planning, development, and marketing of events as tourist attractions, catalysts for other developments, image builders, and animators of attractions and destinations areas”.

Berdasarkan definisi di atas pelancongan sukan merupakan satu perancangan,

pembangunan dan pemasaran yang sistematik untuk menarik pelancong atau

pengunjung ke sesebuah destinasi. Penganjuran acara sukan merupakan antara salah

satu bentuk pelancongan yang mana menyebabkan seseorang itu mengunjungi

sesuatu tempat bagi menonton atau terlibat dalam acara berkenaan (yang akan

membawa masuk ramai peserta dan krewnya serta menarik ramai peminat sukan dari

negara luar ke negara kita).

Pelancongan acara sukan memberi banyak peluang dan faedah kepada

sesuatu destinasi yang menganjurkan acara tersebut namun dalam pada masa yang

sama turut memberi banyak impak negatif jika tidak diuruskan dengan baik. Penganjuran acara sukan dapat dikategorikan sebagai acara mega kerana mampu

menarik pelancong dalam jumlah yang agak ramai , melibatkan pelbagai pihak dan

meninggalkan impak kepada destinasi atau negara yang menganjurkan sesebuah

acara tersebut.

KELEBIHAN SUKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA.

Sesebuah negara atau negeri yang menganjurkan acara sukan tersebut perlulah

bersedia dengan menyediakan segala kemudahan infrastruktur dan pelancongan

dengan baik. Menurut Roche (1994), penganjuran acara memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang kepada sesebuah negara atau komuniti dari segi pembangunan pelancongan (Kang & Perdue, 1996), penghargaan kepada sesebuah komuniti ( Jeong & Faulkner, 1996), dan peningkatan kepada taraf hidup masyarakat tempatan ( Deccio & Baloglu, 2002; Goeldner & Long, 1987).

Menyedari tentang kepentingan penganjuran acara kepada Malaysia, Kerajaan

telah menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia bagi menarik

lebih banyak lagi penganjuran acara sukan yang bertaraf antarabangsa. Penganjuran

acara sukan meninggalkan impak yang amat ketara dari segi ekonomi yang mana

peningkatan kepada kadar pertukaran mata wang asing dan seterusnya dapat

meningkatkan imbangan pembayaran negara.

Sukan pelancongan memberi impak atau kesan yang ketara terhadap

masyarakat khususnya kepada penduduk setempat. Oleh yang demikian, sebelum

mengadakan sesuatu acara, pihak penganjur perlu mengambil kira kesan acara

tersebut kepada ekonomi dan sosio budaya masyarakat tempatan. Sekiranya hal

tersebut tidak diambil kira, ia akan menjejaskan kualiti penganjuran acara tersebut pada

masa akan datang.

Justeru itu,pelancongan sukan ini sememangnya memberi impak yang sangat besar kepada sesebuah Negara itu dan seterusnya meningkatkan kadar kedatangan pelancong asing ke Negara kita dan dapat meningkatkan kadar pertukaran mata wang asing ke Negara kita iaitu Malaysia.

MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN PELANCONGAN SUKAN.

Kini sektor pelancongan telah terbukti menjadi pemangkin pembangunan

negara, mampu membawa pulangan yang besar dengan perolehan hampir

mencecah RM36 juta dengan ketibaan pelancong seramai 17.75 juta pada tahun 2006.

Kementerian Pelancongan Malaysia giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi

pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan melancarkan

pelbagai kempen dan seminar. Ekonomi yang dijanakan melalui sektor ini harus menjadi pulangan kepada penduduk tempatan selaku tuan rumah sesuatu pelancongan

tersebut.

Namun, satu isu yang sering dipertikaikan adalah perancangan pelancongan

seharusnya dirancang untuk penduduk tempatan di samping pelancong. Menurut Liu

dan Wall (2006), sekiranya pelancongan dilihat sebagai sesuatu yang akan

memanfaatkan penduduk tempatan, maka ia juga seharusnya berkait dengan respon

penduduk tempatan, penglibatan dan juga sokongan mereka. Walau bagaimanapun,

majoriti daripada perancangan pelancongan yang dibuat untuk membangunkan

sesuatu kawasan/destinasi, tidak memberikan tumpuan secukupnya terhadap

pembangunan sumber manusia tempatan. Lebih daripada itu, perancangan

pelancongan yang dilakukan juga tidak mengambil kesediaan dan kemampuan

sumber manusia sedia ada kawasan setempat.

Oleh itu, sumber manusia atau penduduk tempatan semakin terpinggir daripada pembangunan pelancongan yang dilaksanakan akibat daripada ketidakmampuan mereka. Justeru itu,pihak penganjur perlulah mengambil inisiatif dengan mengambil kira kesan acara sukan tersebut kepada ekonomi dan sosio budaya masyarakat tempatan.

CIRI-CIRI SUKAN PELANCONGAN.

Peningkatan pelancongan sukan adalah disebabkan oleh perubahan kepada

cara hidup dan ciri-ciri demografik. Pelancongan sukan merupakan antara isu penting

yang dibincangkan di Barcelona, Spain 2001(World Tourism Organisations & International Olympic Committee, 2001)

Menurut Hudson (1983) pelancongan sukan dianggap unik berdasarkan ciri-ciri berikut :

􀂃 Kebanyakan acara sukan adalah biddable dan ini secara langsung dapat

memberi tarikan kepada sesebuah destinasi.

􀂃 Pelancongan sukan dapat menarik ramai pelancong berbanding dengan

acara-acara lain kerana tempoh masa penganjuran adalah agak lama seperti

sukan Commonwealth dan Olympics

􀂃 Mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat korporat yang bertaraf

antarabangsa.

􀂃 Peningkatan kepada pembangunan kemudahan infrastruktur

􀂃 Kebanyakkan acara sukan mendapat sambutan dari semua golongan

masyarakat.

􀂃 Penganjuran acara sukan dapat meningkatkan kebanggaan sesebuah komuniti

yang terlibat.

􀂃 Acara sukan dapat meningkatkan budaya dan tradisional masyarakat tempatan

seterusnya meningkatkan keunikan dan tarikan bagi sesebuah destinasi.

􀂃 Liputan media dan kesan daripada pembangunan imej destinasi acara sukan

amat penting

􀂃 Acara sukan dapat membantu dalam penjenamaan sesebuah destinasi.


Rajah 2.1 : Model Dinamik bagi Pelancongan Sukan

Sumber: Hudson, 2003

Rajah 2.1 menunjukkan model dinamik bagi pelancongan sukan yang mana

elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam penganjuran pelancongan sukan.

Berdasarkan rajah diatas perancangan awal perlulah merangkumi kemudahan

infrastruktur yang bersesuaian dengan jenis kategori sukan yang akan dianjurkan dan

sumber alam semulajadi yang sedia ada.

Pelancongan acara sukan yang bertaraf antarabangsa akan memberi faedah

kepada komuniti tempatan dan mendapat liputan yang luas dari pihak media

antarabangsa. Oleh yang demikian, mereka yang memainkan peranan utama dalam

menarik pelancong ke sesuatu destinasi pelancongan acara sukan atau gatekeepers

seperti agensi pelancongan dan event planner perlu dikenalpasti agar acara yang

akan dianjurkan mendapat sambutan dari pelancong.

Kehendak dan keperluan pelancong acara sukan perlu dikenalpasti agar aktiviti

atau pakej yang disediakan bersesuaian dengan sasaran pasaran. Isu dan masaalah

yang timbul haruslah diselesaikan agar faedah dan kualiti pelancongan acara sukan

yang dianjurkan sentiasa dapat ditingkatkan.

Penganjuran acara-acara yang bertaraf antarabangsa, dapat menggalakkan

pelabur-pelabur untuk membuat pelaburan di sesebuah destinasi. Ini kerana para

pelabur berpendapat, destinasi tersebut mempunyai potensi untuk dimajukan kerana

telah dikenali ramai dan dapat memberikan pulangan yang agak lumayan kepada

mereka pada masa akan datang (Ritchie, 1984).Pada sekitar tahun 1990-an pembangunan pelancongan acara dan kesedaran tentang kepentingannya semakin meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan adanya perancangan strategik untuk pelancongan acara yang dirancang oleh Province of Nova Scotia (Getz, 1997).


Rajah 2.3: Model Rangka Kerja Interaksi Pihak Berkepentingan bagi Penganjuran Acara

(Sumber: Buch, 2006)

PELANCONGAN SUKAN MEWAH

Pelancongan acara sukan mewah lebih merujuk kepada kualiti kemudahan

pelancongan dan aktiviti yang disediakan ( Weed, 2001). Aktiviti rekreasi seperti belayar

( sailing ) yang mana melibatkan kapal layar mewah juga dikategorikan sebagai

pelancongan sukan mewah (Hudson, 2003; Mintel, 2002; Jennings, 2003). Kemewahan

bagi sesuatu aktiviti sukan pelayaran dapat dikenalpasti berdasarkan jenis atau tahap

kemudahan yang ditawarkan oleh resort yang menawarkan aktiviti sukan tersebut dan

antara kelab mewah yang terkenal adalah seperti Yatch Club de Monaco dan St Tropez

(Weed, 2001 ).

KESIMPULAN.

Kesimpulannya, sukan dan pelancongan mempunyai kaitan yang sangat rapat iaitu sukan memainkan peranan untuk meningkatkan sektor pelancongan di Negara kita Malaysia. Seperti petikan kata-kata yang di ucapkan oleh Presiden Majlis Sukan Pelancongan Malaysia (STCM), Zainal Abu Zarin, iaitu sukan pelancongan sebenarnya mempunyai skop yang cukup luas iaitu melibatkan gandingan serta perseimbangan antara sukan dengan pelancongan.

Katanya, walaupun sukan pelancongan masih baru di negara ini kerana hanya diberikan perhatian serius sejak lima tahun lalu, namun perkembangan yang berlaku sekarang amat menggalakkan.

"Dulu kita anjurkan acara sukan untuk kepentingan sukan semata-mata tanpa mahu memikirkan sangat sumbangan terhadap ekonomi pelancongan," katanya.

Ujar beliau, senario tersebut mula berubah setelah pelbagai pertandingan antarabangsa dilihat mampu menarik ribuan pelancong termasuk pelawat tempatan yang boleh merancakkan aktiviti pelancongan domestik.

Jelas sekali ini menunjukkan suatu perubahan yang positif terhadap sukan pelancongan di Malaysia. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia,kita seharusnya memainkan peranan yang sewajarnya dalam membantu pihak kerajaan ataupun pihak swasta yang cuba untuk memajukan sesuatu sukan di tempat kita kerana ianya merupakan suatu usaha untuk menarik kedatangan pelancong dan seterusnya menjadikan sesuatu kawasan itu popular serta menjadi tempat persinggahan pelancong daripada serata dunia. Ibarat kata pepatah, “ hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”.


BIBLIOGRAFI.

Barker, M., Page, S. J., & Meyer, D. (2002). Evaluating the impact of the 2000

Americas Cup on Auckland. Annals of Tourism Research

Brougham, J. E., & Butler, R. W. (1981). A segmentation analysis of resident attitudes to by organizers: an extension and validation . Tourism Management,

Courtney, P. (1999). Host perceptions of sociocultural impacts. Annals of tourism research, 26(3) 493-515.

Decrop, A. (1999). Triangulation in qualitative tourism research Tourism Management, 20,157-161.

Emery, P.R. (2002). Bidding to host a major sports event the local organizing committee perspective. International journal of public sector management

Faulkner, P. (1996). Progressing Tourism Research, Clevedon: Channel View

Publications.

Fredline, L., & Faulkner, B. (2000). Host community reactions: a cluster analysis . Anna

Tiada nama Pengarang. Sukan popular di Malaysia. Dilayari pada 15 januari 2009 di URL http://www.motour.gov.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=2112

Tiada nama pengarang. Sukan pelancongan. Dilayari pada 13 januari 2009 di URL http://www.utusan.com.my/utusan/specialcoverage/maribercuti/kh5_full.htm

Tiada nama pengarang. Pelancongan di Malaysia. Dilayari pada 15 januari 2009 di URL http://www.dbkl.gov.my/pskl2020/malay/pelancongan/index.htm

No comments:

Post a Comment