Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

SEMESTER 2 - PRA PISMP :---> PENDIDIKAN JASMANI

KEPENTINGAN SUKAN DI MALAYSIA


ISI KANDUNGAN.

BIL.

TOPIK

MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

2

2.

DEFINISI

2.1 Definisi sukan

2.2 Definisi hiburan

2.3 Definisi sukan hiburan

3 - 4

3.

Peranan sukan hiburan

5

4.

Jenis sukan hiburan

6 – 7

5.

Kesimpulan

8

6.

Lampiran

9

7.

Bibliografi

10

1.0 : PENGENALAN.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK 9 ),program pembangunan sukan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta sektor swasta dan pertubuhan sukan kebangsaan bagi menggalakkan gaya hidup sihat di samping membina sahsiah, semangat berpasukan dan muhibbah di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menarik minat orang ramai terhadap aktiviti sukan, sukan rekreasi serta sukan hiburan.

Mengambil kira kepentingan dan sumbangan sukan ke arah meningkatkan semangat perpaduan dalam Negara serta menyemai semangat patriotik dan perpaduan serta membina masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing. Usaha menggalakkan sukan massa dan sukan untuk hiburan akan terus dijalankan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK 9 ). Penekanan akan diberi dalam mewujudkan budaya bersukan di kalangan rakyat Malaysia bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta mencapai keseronokan dengan berhibur sambil bersukan.


DEFINISI.

2.1: DEFINISI SUKAN.

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Selain itu,aktiviti yang melibatkan peserta yang berkemahiran serta mempunyai peraturannya yang tersendiri juga dikira sebagai sukan. Sebahagian besar kegiatan lapang, masa membaca surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

· Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.

· Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

· Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.

· Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.

· Berlari dilakukan untuk tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya.

2.2: DEFINISI HIBURAN.

Maksud hiburan ialah suatu keseronokan ataupun satu cara untuk mendapatkan ketenangan dan mengurangkan tekanan. Hiburan boleh dikategorikan dalam berbagai cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancung, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya. Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam.

Secara umumnya, definisi hiburan pada masa kini merangkumi satu skop yang amat luas. Lebih-lagi dalam menyusuri arus globalisasi ini, pelbagai bentuk hiburan baru dicipta, Jika pada zaman dahulu, pemahaman masyarakat tentang hiburan ini adalah agak sempit dengan hanya terhad kepada para bintang filem dan penyanyi sahaja, namun situasi tersebut telah berubah.

2.3 DEFINISI SUKAN HIBURAN.

Secara menyeluruhnya,sukan hiburan boleh dikaitkan dengan aktivi sukan yang dijalankan bukanlah untuk bertanding,tetapi hanyalah untuk mengecapi keseronokan dalam bersukan serta menjadi suatu tarikan untuk mendapatkan hiburan dan dalam pada masa yang sama mereka melakukan aktiviti sukan. Keseluruhannya, sukan untuk hiburan ini adalah sukan yang kebanyakannya disertai oleh golongan yang sudah berjaya dalam hidup mereka. Mereka ini kebanyakannya adalah golongan yang berusia melebihi 45 tahun. Di peringkat ini,mereka mula kea rah untuk mendapatkan keseronokan hidup dan bukanlah masa untuk mengejar kemewahan. Golongan ini bnyak melibatkan diri dengan aktiviti sukan yang dianggap dapat menghiburkan mereka. Antaranya ialah sukan paintball, sukan wall climbing serta terjunan banji.

3.0 : PERANAN SUKAN UNTUK HIBURAN.

Secara umumnya, sukan untuk hiburan ini berperanan untuk memberi keseronokan dan hiburan kepada golongan yang menyertainya. Antara peranan tersebut ialah seperti :

* Menyediakan suatu program sukan yang dapat memberi keseronokan kepada golongan yang menyertainya dan dapat mengurangkan stress.

* Mempopularkan lagi sukan ini agar ianya menjadi suatu daya tarikan bagi golongan masyarakat dari semua peringkat hingga ke akar umbi.

* Membina masyarakat yang cergas, sihat ,dan produktif ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dari segi jasmani dan emosi.

* Mencari lebih banyak sukan untuk hiburan bagi menarik lebih minat masyarakat dan seterusnya menyokong sukan ini sepenuhnya.

Selain itu, pihak penganjur perlulah mengambil inisiatif yang tinggi dengan menyediakan prasarana dan kemudahan yang secukupnya untuk aktiviti sukan ini. Seterusnya, iklan-iklan mengenai aktivit sukan ini perlulah di hebahkan agar sukan ini menjadi lebih popular di kalangan masyarakat.

4.0 : JENIS SUKAN UNTUK HIBURAN.

Sukan untuk hiburan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu mengikut kategori sukan tersebut. Antaranya ialah sukan bagi kategori ekstrem, sukan rekreasi, Leisure Outdoor Recreation/Adventure Outdoor Recreation, sukan kecergasan dan sukan tradisional. Terdapat beberapa jenis sukan yang tergolong dalam kategori sukan untuk hiburan. Antanra sukan itu ialah seperti:

* Sukan paintball

* Wall climbing

* Bungee jumping

v Sukan paintball

Sukan paintball ialah permainan berpasukan di mana pihak lawan dikehendaki menumpaskan pihak musuh dengan merampas bendera di pihak musuh. Permainan ini menggunakan sejenis alat seperti senapang tetapi ianya menggunakan pellets berisi cat yang disebut sebagai “paintball” biasanya menggunakan tembakan dari karbon dioksida atau tekanan daripada gas. Menurut kajian, terdapat lebih daripada 5.4 juta orang di Amerika Syarikat yang bermain permainan ini pada tahu 2007. Lebih daripada 1.5 juta orang yang bermain permainan ini melebihi 15 kali.

Permainan “paintball” ini memerlukan kawasan yang selamat serta ruang yang secukupnya. Permainan ini memerlukan 2 pihak pemain iaitu pihak lawan dan pihak bertahan. Antara peralatan yang digunakan dalam permainan ini ialah:

* Topeng muka – sebagai alat untuk menahan serangan ke atas muka pemain

* Set “paintball” yang lengkap – senapang selalunya disertakan dengan corong tuang yang bersaiz kecil dan alat dorong kerja iaitu gas karbon dioksida ataupun pam angin.

v wall climbing.

Wall climbing atau memanjat tembok batu adalah salah satu daripada sukan untuk hiburan. Kebanyakannya sukan ini dilakukan pada waktu malam kerana ia lebih santai dan selesa berbanding dilakukan pada waktu siang. Aktivit ini dapat mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Kebanyakan pusat yang menyediakan sukan ini selalunya akan ditutup pada pukul 12 malam. Tembok setinggi 15 meter yang mempunya pelbagai jenis halangan merupakan salah satu ujian dalam sukan memanjat tembok ini. Ianya mengikut gred kesusahan yang dikategorikan melalui warna batu di tembok itu yang digunakan untuk memegang ketika memanjat. Gred kesusahan 4C sesuai untuk mereka yang baru dalam arena sukan ini manakala bagi yang mahir menggunakan gred 6 ke atas.

v Bungee jump.

Bungee jump adalah satu aktiviti yang melibatkan penerjunan daripada satu tempat yang tinggi dimana ia dihubungkan menggunakan tali pintal yang besar. Binaan dimana tempat untuk memulakan lompatan adalah suatu objek yang tetap seperti jambatan,bangunan dan kren. Ia adalah sesuatu yang mustahil sekiranya melompat dari satu objek yang bergerak seperti belon panas dan helicopter. Apabila seseorang itu melompat, tali pintal menegang dan pelompat akan melantun ke atas semula dan berulang-ulang sehingga berhenti. Permainan terjunan bungee ini berasal dari Dialects di selatan England sekitar tahun 1930. Antara peralatan dalam sukan ini ialah tali pintal dan tempat yang tinggi dan stabil.


5.0 : KESIMPULAN.

Kesimpulannya, sukan untuk hiburan adalah satu jenis sukan yang menyeronokkan. Sukan ini turut memberi faedah kepada setiap orang yang melibatkan diri mereka. Sukan ini juga adalah satu cara untuk mengelakkan stress. Bagi golongan yang sudah berusia,mereka banyak melibatkan diri dengan sukan-sukan yang dapat memberi keseronokan serta menenangkan fikiran mereka. Oleh itu, sukan untuk hiburan ini wajarlah di kembangkan lagi bagi menarik minat pelbagai golongan masyarakat di dunia. Selain itu juga, sukan untuk hiburan ini turut dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturahim. Ini kerana dalam pada masa yang sama, sukan ini memerlukan semangat kerjasama serta berhibur bersam-sama.

Antara sukan hiburan yang popular pada masa kini ialah sukan paintball, sukan “wall climbing” dan juga sukan “banji jumping”. Kebanyakan sukan ini mula menarik perhatian kerana ianya tidak mempunyai peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah badan berkuasa. Untuk itu, aktivit sukan seperti ini mestilah disertai oleh semua golongan masyarakat umumnya yang menginginkan perbezaan dalam melaksanakan aktiviti bersukan. Akhir sekali,pihak yang bertanggungjawab haruslah berusaha untuk meningkatkan lagi peranan dan seterusnya mempopularkan lagi sukan untuk hiburan ini di mata dunia.

7.0 : BIBLIOGRAFI

Herman Samsuden,2007. APAKAH JENIS HIBURAN?. Diambil daripada lawan web :http://syukran.wordpress.com/2007/07/30/inikah-definisi-hiburan/

ummahonline in Surat Pembaca,2006. Maksud hiburan secara umum. Diambil daripada laman web : trackback http://ummahonline.wordpress.com/2006/10/16/mengamati-hiburan-masa-kini/

METRA SYAHRIL MOHAMED dan AMIRUL ANNUAR ABIDIN, 2006. Lawak azhari amat bertempat. Diambil daripada laman web http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0725&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

Jabatan Belia dan Sukan Negara.kementerian belia dan sukan,2007. ministry of youth and sports. http://www.kbs.gov.my/index2.php?infokor=bah_sukan&f=

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,2008. Dasar sukan Negara. Diambil daripada laman web.http://www.kkbs.gov.bn/html/dasar_sukan_04.htm.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi,2008. Bahagian Sukan. http://www.kpsusarawak.net/joomla/index.php?option=com_content&view=article&id=54&Itemid=64

No comments:

Post a Comment