Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

SEMESTER 1 - PRA PISMP : --> BAHASA MELAYU


INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS

KERJA KHUSUS

NAMA PELAJAR: MOHAMAD FAHRUDDIN B.MOHD FAZAIN

ANGKA GILIRAN:

NO.KAD PENGENALAN: 900409-08-5243

MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU 1

NAMA PENSYARAH: CIK YEOW CL

TARIKH SERAHAN: 15 SEPTEMBER 2008

ESEI BAHASA MELAYU

Bahasa melayu kuno bermaksud bahasa yang digunakan pada sebelum abad ke-14.Bahasa ini sudah dianggap sebagai bahasa perantaraan pada ketika itu.Bahasa ini dikatakan mempunyai perbezaan ejaan yang amat ketara dari bahasa melayu moden.Selain itu,bahasa kuno ini juga kebenyakannya diambil dari bahasa arab dan sanskrit pada zaman itu.Bahasa Melayu moden pula ialah bahasa yang dituturkan seawal abad ke-19 masihi.Bahasa ini telah mendapat pindaan yang sangat banyak dan akhirnya bahasa melayu ini telah digunakan secara menyeluruh di negara kita Malaysia sehingga kini.

Perkembangan bahasa Melayu pada zaman kuno ialah pada awalnya ia dianggap sebagai keluarga kepada bahasa nusantara.Kegemilangan bahasa Melayu kuno adalah dari abad ke-13 pada zaman kerajaan srivijaya,iaitu ia sebagai lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran.Pada ketika ini,bahasa Melayu digunakan secara menyeluruh dan meluas akibat dari aktiviti perdagangan.Semua pedagang menuturkan bahasa melayu dalam semua aktiviti jual beli mereka.Komposisi atau penempatan orang yang menutur bahasa ini ialah menetap di Semenanjung,Kepulauan Riau dan Sumatera.Kesannya masih boleh kita lihat sehingga sekarang di mana rakyat Indonesia dan Malaysia masing-masing menuturkan bahasa menlayu.Namun dari segi cara melafazkannya sahaja yang agak berbeza di antara orang Malaysia dan Indonesia.Selain daripada itu,bahasa Melayu kunop juga dianggap sebagai bahasa pentadbiran adalah kerana bahasa ini bersifat sederhana dan mudah untuk menerima pengaruh daripada luar.Ini kerana bahasa ini menggunakan tatabahasa yang amat mudah dan bagi sesiapa yang ingin mencuba bahasa ini ia akan dapat dipelajari dengan cepat berbanding mempelajari bahasa yanglain seperti bahasa sanskrit,bahasa isyarat dan bahasa cina serta orang asli.Seterusnya ia tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.Ini dapat dibuktikan apabila bahasa ini digunakan oleh setiap golongan rakyat tidak kira samada ianya seorang yang kaya ataupun miskin.Ia berbeza sekali dengan bahasa sanskrit dimana ia sangat mementingkan darjat iaitu hanya tertakluk kepada golongan bangsawan sahaja yang layak untuk mempersoalkan penggunaan bahasa sanskrit ini.

Disamping itu,bahasa ini turut mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa jawa.Ia dianggap mempunyai sistem yang lebih mudah kerana cara pembentukan struktur ayat amat berbeza sekali berbanding dengan bahasa jawa.Seterusnya,bahasa ini turut dianggap bahasa yang senang dipelajari berbanding bahasa jawa di mana bahasa indonesia yang digunakan agak terlalu pekat sehinggakan sukar untuk melatih diri melalui percakapan bahasa ini.Seterusnya bahasa kuno turut dipengaruhi oleh sistem bahasa sanskrit.Pertembungan ini rupa-rupanya tidak pula mengikis keperibadian bahasa melayu daripada susunan dasarnya.Bahasa sanskrit tidak merobah bahasa melayu kuno melainkan hanya mengenakan pengaruhnya di peringkat kata.Hal yangdemilian itu tidak merobak sistem bahasa melayu kuno melainkan memperkaya kosa kata bahasa tersebut.Mengapakah sosok bahasa sanskrit tidak sampai merobak sistem bahasa melayu sedangkan pengaruh kebudayaannya semakin besar,sebagaimana yang tergambar pada kata-kata yang terserap dalam bahasa melayu kuno?Hal ini berpunca daripada sistem bahasa sanskrit yang tidak mudah dikuasai oleh orang kebanyakan.Di india sekalipun,sedikit sekali bilangan yang menguasai dan memahaminya.Hal ini terjadi oleh kerana bahasa sanskrit terbatas kepada golongan bangsawan,kaum atasan,dan golongan berpendidikan tinggi sahaja.Ruang lingkup peranananya terbatas pula untuk maksud keagamaan dan seni sastera,lebih daripada untuk kegunaan umum.

Bahasa sanskrit kemudian dikenal pasti sebagai penyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan(kesarjanaan)Bahasa Melayu.Setelah pelbagai perubahan yang dilakukan akibat kelahiran bahasa sanskrit,akhirnya telah mengubah bentuk bahasa melayu itu sendiri sehinggakan telah banyak perkataan daripada bahasa sanskrit yang digunakan dalam bahasa melayu.Melalui beberapa kajian yang telah dilaksanakan oleh beberapa orang ahli sastera,bahasa melayu mudah untuk dipengaruhi oleh bahasa sanskrit kerana faktor seperti pengaruh agama hindu.Ini kerana sewaktu itu agama hindu amat berpengaruh di bahagian asia tenggara pada waktu itu.Ini dapat dibuktikan dengan penyebaran bahasa sanskrit yang berleluasa pada ketika itu dan terbentuknya banyak kuil yang sehingga kini masih popular di bahagian Thailand iaitu seperti Angkor Wat dan kuil di Lembah Bujang negeri Kedah.Selain itu juga,penggunaan bahasa sanskrit yang digunakan oleh golongan kelas bangsawan serta ia juga dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi dalam masyarakat pada ketika itu.Oleh sebab itulah bahasa melayu yang sangat berpengaruh pada ketika itu turut dipengaruhi oleh bahasa sanskrit ini kerana bagi golongan atasan,mereka lebih mementingkan bahasa sanskrit pada ketika itu.Sifat bahasa melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan turut menjadi salah satu faktor kenapa bahasa ini mudah dipengaruhi oleh bahasa sanskrit.Ini kerana apabila bahasa itu mudah untuk diubah ia akan sentiasa diubah apabila seseorang ahli sastera atau orang yang berpengaruh itu memikirkan bahawa perkataan dalam bahasa melayu itu tidak berapa sesuai maka ianya akan segera diubah tanpa sebarang halangan.

Sebagai bukti wujudnya bahasa melayu kuno ini,telah tercatat pada batu-batu bersurat pada abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa.Tulisan ini membuktikan dengan jelas bagaimana bentuk asal tulisan bahasa melayu kuno pada abad ke-7.Antara batu bersurat yang masih kekal sehingga kini adalah batu bersurat di Kedukan Bukit,Palembang(683m),batu bersurat di Talang Ruwo,dekat Palembang(684m),batu bersurat di Kota Kampur,Pulau Bangka(686m),dan termasuklah batu bersurat di Karang Brahi,meringin,daerah Hulu Jambi(686m) manakala terdapat satu batu bersurat bahasa melayu kuno yang terletak di Gandasuli,Jawa Tengah(832m)tetapi ianya ditulis dalam huruf NAGIRI.Antara ciri-ciri bahasa melayu kuno ialah penuh dengan kata-kata pinjaman dari bahasa sanskrit.Ini setelah bahasa sanskrit mulai menapak.Seterusnya susunan ayat yang lebih bersifat melayu.Ini merupakan ciri-ciri kepada bahasa melayu kuno.Sebagai contoh yang terbaik ialah bunyi b ialah w dalam melayu kuno (contoh: bulan – wulan).Selain daripada itu,bunyi e pepet tidak wujud (contoh: dengan – dngan atau dangan) dan awalan ber- ialah mar- dalam melayu kuno (contoh: berlepas – marlapas).Contoh yang lain ialah awalan di- ialah ni- dalam bahasa melayu kuno (contoh: diperbuat – niperwuat ) dan terdapat bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th,ph,dh,kh,h ( contoh: sukhatshitta – sukacita ).Akhir sekali ialah huruf h hilang dalam bahasa moden ( contoh: semua- samuha ,saya – sahaya ).Kedatangan islam sebagai ad-Din dalam abad ke-17 turut mewarnai bahasa melayu terutama pada khazana kata-kata.Malahan menurut Profesor Syed Muhamad Naquib Al-Attas,proses pengislaman di kepulauan melayu mengakibatkan munculnya bahasa melayu sebagai bahasa islam.Hal ini dapat dipertahankan dengan hujah bahawa bahasa melayu terus menjadi bahasa penghantar islam ke seluruh kepulauan melayu sehingga pada abad ke-16 bahasa melayu telah mencapai akidah dan pandangan hidup yang berlunaskan islam telah terserap dikalangan orang melayu dengan pemahaman akan konsep-konsep dan falsafah tauhid serta syariat islam yangtergambar melalui beberapa istilah islam.Singkatnya,kata-kata arab yang terserap dalam bahasa melayu khususnya yang bersangkutan dengan nilai keagamaan telah benar-benar dihayati dan dijiwai.Kitab atau manuskrip yang tertua dalam bahasa melayu kuno iaitu aqaib al-Nasafi ialah kitab tentang hal keagamaan.Walau bagaimanapun,sosok ayat bahasa melayu tidaklah pulasampai ’diarabkan’sekalipun pengaruh sintaksis dan gaya bahasa arab kelihatan juga dalam teks-teks melayu kuno yang sudah lama termasuklah seperti karangan Hamzah Fansuri dan juga kitab-kitab keagamaan,terjemahan dan tafsir al-quran.

Perkembangan bahasa melayu moden pula bermula pada awal abad ke-19.ia terhasil setelah hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa melayu moden.Munsyi Abdullah telah dianggap tokoh perubahan kepada sistem penulisan bahasa melayu.Tokoh ini telah menjadi terkenal dan sepanjang penglibatan beliau dalam pengkaryaan,beliau telah menulis beberapa buah naskah dan buku dengan menggunakan bahasa melayu yang moden.Menurut ahli kaji sejarah di negara kita pula sebelum penjajahan british,bahasa melayu mencapai kedudukan yang sangat tinggi sehinggakan bahasa melayu turut digelar sebagai bahasa lingua franca dimana ia bermaksud digunakan secara menyeluruh.selain itu,bahasa melayu ini turut mendapat pengiktirafan daripada seluruh negeri yang lain.Selain daripada itu,bahasa melayu moden turut berfungsi sebagai bahasa perantaraan.Ia digunakan oleh semua pedagang yang datang berdagang di tanah melayu pada ketika itu.Maka dengan itu bahasa melayu ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali.Bahasa melayu turut berfungsi sebagai bahasa pentadbiran,bahasa dalam kesusasteraan, dan sebagai bahasa penghantar di pusat pendidikan islam.Ini telah membuktikan bahawa kedudukan bahasa melayu pada ketika ini berada pada paras yang sangat tinggi dan mendapat pengiktirafan yang sangat tinggi.Pada waktu inilah telah berkembangnya penggunaan bahasa melayu di seluruh tanah melayu dan digunakan oleh setiap rakyat.Bahasa melayu sebagai bahasa penghantar di pusat pengajian islam menunjukkan bahawa penggunaan bahasa melayu ini digunakan secara menyeluruh tidak kira samada dari segi pentadbiran mahupun pendidikan.

Namun setelah tamat perang dunia yang ke-2,british telah mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan.Dasar ini telah mengubah fungsi bahasa melayu dalam sistem pendidikan dan seterusnya telah mengurangkan satu fungsi yang sangat penting dalam bahasa melayu.Fakta tersebut masih dapat di pertahankan sehingga masuknya bahasa inggeris yang kebetulan menjadi salah satubahasa sumber utama dalam pemodenan di negara ini.Tidaklah dapat dinafikan bahawa wujudnya fenomena pencemaran bahasa yang menjadi salah satu tumpuan perhatian dalam proses pembakuan bahasa melayu yang moden kerana antara faktor-faktor lain,daripada pengaruh bahasa inggeris.Namun berlakunya gejala tersebut tidaklah semestinya bererti bahawa bahasa melayu telah hilang acuannya,melainkan disebabkan olehpengabaian pengguna bahasa terhadap rumus-rumus bahasa melayu.Kekuatan bahasa melayu terletak pada sederhana dan mudahnya sistem bahasa tersebut.Menurut prof. Sutan Takdir Alisjahbana,ciri-ciri kesederhanaan bahasa melayuterletak pada ucapannya yang tidak banyak membawa kesulitan serta bunyi-bunyi vokal yang terang dan konsonannya yang jelas dan tidak mengkehendaki gerakan alat-alat suara yang istimewa.Selain itu juga,akibat daripada dasar ini juga telah menyebabkan bahasa melayu semakin disisihkan dan menjadi bahasa dalam pertuturan dan pentadbiran kerajaan melayu melaka sahaja.Akhirnya setelah malaysia mencapai kemerdekaan,perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.Dengan terbentuknya perlembagaan ini,bahasa melayu terus kekal sehingga sekarang dan telah dapat dipelihara daripada sebarang kepupusan bahasa.Selain itu,perlembagaan ini juga telah menitik beratkan bahasa melayu sebagai bahasa utama negara malaysia.Akhir sekali,menurut Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 telah menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara.Akta inilah yang telah membela bahasa melayu di negara kita ini.Menurut laporan Razak 1956 pula telah mencadangkan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam sistem pendidikan negara.Ini merupakan satu usaha dalam meneruskan usaha memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan terus mengekalkan sejarah bahasa melayu di negara kita yang telah diperolehi semenjak dari kurun ke-19 lagi.

Perbezaan yang paling ketara bagi kedua-dua aspek bahasa ini ialah melalui sistem tulisannya.Aspek ini amat penting kerana dari segi tulisan sesuatu jangka masa itu dapat dikenal pasti.Bahasa melayu kuno,menunjukkan penggunaan perkataan ataupun ejaan yang sangat berbeza.Antaranya termasuklah perkataan yang terdapat bunyi b diubah menjadi bunyi w.Contohnya seperti: besar – wesar,bersatu - wersatu,dan batu –watu.Selain itu, bahasa melayu kuno turut membunyikan e pepet seperti tidak wujud.Contohnya seperti: melayu –mlayu,keras –kras,kerian –krian,dan kemas –kmas.Akhir sekali,dalam bahasa melayu moden,bunyi h dilangkan.Contohnya seperti: khita – kita,bhagus –bagus,sahaya –saya,baharu –baru, dan samuha –semua.


No comments:

Post a Comment