Powered By Blogger

Friday, March 12, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPGM IK 2010

keputusan rasmi kejohanan olahraga tahunan 2010

JOHAN : MAJU
NAIB JOHAN : PADU
TEMPAT KE 3 : IKHLAS
TEMPAT KE 4 : KAMIL

Kejohanan olahraga tahunan ini bermula pada 1 hb mac iaitu bermula dengan sukantara bagi rumah maju, 2 hb- rumah padu, 3 hb- rumah ikhlas, 4 hb- rumah kamil. Sebanyak 4 acara yang telah ditentukan sebagai acara sukantara iaitu 100m, 800m, lompat jauh dan lontar peluru.
Sukantara berlangsung dengan jayanya selama 4 hari berturut- turut dan rumah maju telahpun mendahului rumah sukan yang lain dengan mata yang agak menimbulkan kontroversi.

apakah betul markah sukantara rumah maju ??

banyak pendapat menyatakan bahawa ada kesilapan dalam bahagian urusetia sewaktu mengira markah sehinggakan rumah maju berjaya mendahului rumah lain dengan jurang mata yang agak besar. Namu semua itu telah berlalu. Hanya mereka sahaja yang tahu.

Seterusnya, acara padang bermula pada hari jumaat iaitu 5 hb mac. Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah lontar peluru wanita, lempar cakera wanita, 3000m perempuan akhir, 5000m lelaki akhir dan merejam lembing lelaki akhir. Pada hari tersebut, semua atlet telah bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Semangat seperti inilah yang wajar diterapkan dalam diri semua warga IPGM IK yang bakal menjadi seorang pendidik.

Setelah itu, acara diteruskan pula pada hari Isnin 8hb mac iaitu masih acara padang. acara yang dipertandingkan ialah lompat tinggi lelaki dan wanita akhir, merejam lembing wanita, lontar peluru lelaki, lempar cakera lelaki dan 1500m lelaki dan perempuan akhir. Kemunculan atlet baru daripada kalangan pelajar junior semakin meresahkan atlet2 veteran. Antara acara yang telah dikuasai oleh atlet junior ialah 1500m dan juga lompat tinggi. Bakat-bakat baru ini memberi jaminan bahawa masih ada lagi atlet yang akan digeruni oleh IPGM lain apabila memasuki KAGUM kelak..
Akhir sekali, hari sukan sebenar pun berlangsung pada 10 - 11 hb mac bertempat di Stadium Bola Sepak Cheras. Semua acara berlangsung dengan lancar dan banyak wajah-wajah baru yang mula menyerlah pada KOT tahun ini. Adegan kejar mengejar mata rumah sukan semakin hangat. Namun rumah Maju masih lagi mengungguli rumah sukan lain. Banyak juga peristiwa yang mencuit hati dan juga mengguris hati berlaku semasa KOT berlangsung. Antaranya ialah gelagat atlet rumah kamil "sya" bukan nama sebenar yang memasuki acara 400m berpagar dengan selamber jer menendang pagar kerana tidak mampu untuk melompat. ini kerana beliau sudah jatuh 3 kali apabila cuba lompat melepasi pagar. walaupun beliau mendapat tempat terakhir, namun semua penyokong memberi sorakan yg gemuruh terhadap beliau kerana masih meneruskan larian hingga ke garisan penamat. Begitulah bersemangatnya atlet-atlet yang ada di IPGM IK ini.

Setelah tamat semua acara, akhirnya juara keseluruhan KOT IPGM IK masih berpihak kepada rumah MAju. Kepada atlet2 rumah sukan yang lain, jgn berasa sedih dan kecewa kerana pada tahun hadapan masih ada lagi KOT. tunjukkan bakat yg ada supaya rumah sukan anda berjaya menjuarai KOT pada masa akan datang.

sekian dahulu berita mengenai KOT IPGM IK 2010.



assalamualaikum w.b.t

Sedikit Mukhadimah daripada aku..
tanpa dia aku sepi
kehadirannya pula adalah penyeri
setelah lama aku menyepi
kini aku datang lagi...
Sudah sekian lama aku x update blog aku nie.harinie kerana agak bosan aku nak cube tulis something kat dlm blog aku nie..wawawa..kepada sume kawan2 yg tggu aku update aku nyer blog nie sory..taun nie aku mls skit..hahaha..

Sebenarnya byk cerita aku nak kongsi dgn korang sume pasal aku dkt dalam blog nie..
tp disebabkan aku wat blog nie bukan nak cerita pasal peribadi tp sbb nak kongsi bahan2 assgnmnt aku or pape ilmu yg aku dapat semasa aku belajar kat IPG Kampus Ilmu Khas ni, so aku nk cter pasal perkara yg berlaku dkt kampus aku jeler..

so, layan.........................



ShoutMix chat widget

Sunday, November 1, 2009

EXAM!!!


4HB - BAHASA INGGERIS
5HB - BAHASA MELAYU
11HB - PENDIDIKAN JASMANI 1
12HB - PENDIDIKAN JASMANI 2

Thursday, October 1, 2009

SEMESTER 3 - PRA PISMP :---> PENDIDIKAN JASMANI 2

KERTAS KERJA SUKAN DAN REKREASI

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ALAUDIN

34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL

PERAK.

KERTAS KERJA

PROGRAM REKREASI LUAR

TEMPAT :

LAKETOWN RESORT,SEMANGGOL

PERAK

TARIKH:

15 – 18 OGOS 2009

ANJURAN :

KELAB REKREASI

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO ALAUDIN

1.0 PENGENALAN

Program rekreasi adalah satu aktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang. Aktiviti rekreasi bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan memberi kepuasan diri. Aktiviti rekreasi juga membolehkan kita menikmati kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembabitan dalam aktiviti rekreasi juga dapat membina jati diri dan ketahanan mental disamping memupuk semangat setia kawan. Oleh itu, setiap pelajar itu wajib melibatkan diri mereka dalam sebarang aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka bagi menemuhi alam yang lebih mencabar pada masa akan datang. Akhir sekali,pengalaman yang bakal ditimba melalui aktiviti rekreasi ini juga diharapkan akan diaplikasikan oleh setiap pelajar pada masa yang akan datang.

2.0 RASIONAL

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan terhadap meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dan disiplin dalam diri setiap pelajar. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta dalam aktiviti rekreasi yang bakal ditempuhi kelak. Pelbagai aktiviti rekreasi disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan serta jati diri dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi bagi menempuh segala cabaran dan rintangan yang bakal dilalui. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti rekreasi dan kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan aspek kerohanian agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program sukan dan rekreasi.

3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan belajar untuk ikhtiar hidup serta mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi .

3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri dan memupuk perpaduan dikalangan murid yang berbilang kaum.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PROGRAM

Tarikh : 15 - 18 Ogos 2009 ( SABTU – SELASA )

Tempoh : 4 hari 3 malam

Tempat : Kolam Bukit Merah Laketown Resort,Perak.

5.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Jumlah peserta : 40 orang ( pelajar Tahun 4, 5 dan 6 )

( senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2 )

8.2 Jumlah fasilitator: 5 orang guru pembimbing

6.0 AKTIVITI REKREASI

6.1 JUNGLE TRAKKING

i. Pelajar akan di bawa mengelilingi kawasan hutan simpan di pulau orang utan.

ii. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,pelajar akan menggunakan laluan yang telah disediakan.

iii. Pelajar akan melihat suasana yang damai di pulau orang utan sambil bermesra dengan haiwan yang diancam kepupusan itu,iaitu orang utan.

6.2 BERBASIKAL

i. Para peserta akan berbasikal mengelilingi kawasan laketown resort.

ii. Kawasan berbasikal yang paling mencabar ialah menaiki bukit yang tinggi dan menuruni cerun bukit.

iii. Para peserta akan menikmati pemandangan tasik Bukit Merah sepanjang berbasikal.

iv. Sebanyak 45 buah basikal akan disediakan kepada semua peserta termasuk guru pembimbing untuk aktiviti berbasikal ini.

6.3 BERKAYAK

i. Peserta akan berkayak di kawasan Tasik Bukit Merah.

ii. Kawalan keselamatan telah terjamin dengan adanya pengawal yang bekerja di bahagian aktiviti air ini.

iii. Kayak yang akan digunakan adalah jenis “double seat” kerana ianya dapat mengeratkan lagi semangat berpasukan sesama peserta.

iv. Peserta akan berkayak sambil menikmati keindahan tasik Bukit Merah serta bermain dengan pelbagai jenis hidupan akuatik yang bermain di permukaan air.

6.4 BUMPER CAR

i. Peserta akan berpeluang merasai keseronokan bermain dengan permainan “bumper car”.

ii. Aktiviti ini dapat merehatkan pemikiran peserta setelah bertungkus lumus menjalani aktiviti yang telah disediakan.

iii. Peserta dapat mengenal dengan lebih erat lagi kerana setiap “bumper car” akan dipandu oleh 2 orang peserta.

iv. Ciri-ciri keselamatan juga terjamin kerana terdapat pengawal yang bertauliah yang menjaga bahagian ini.

6.5 MEMANCING

i. Peserta akan memancing disekitar kawasan kolam Bukit Merah.

ii. Kolam ini mempunyai pelbagai spesies ikan air tawar yang sering ditemui di kawasan lain.

iii. Peserta juga akan membuat joran sendiri dan ini akan meningkatkan daya kreativiti serta menunjukkan pelajar mampu berdikari untuk menjayakan sesuatu perkara.

iv. Aktiviti ini akan dijalankan secara pertandingan dan peserta yang mendapat ikan yang paling berat akan diberi hadiah.

v. Ikan yang ditangkap akan dimasak sendiri oleh pelajar dan akan dimakan bersama-sama.

6.6 MALAM LEMBAYU KASIH

i. Pelajar akan menunjukkan bakat yang terpendam dengan mengadakan persembahan.

ii. Kesemua persembahan dalam bentuk kumpulan kerana dapat memupuk semangat berpasukan.

iii. Selain itu, pelajar turut dapat berhibur bersama-sama pada malam terakhir.

iv. Pelajar akan diberi peluang untuk menyatakan pandangan terhadap semua aktiviti yang telah dilaksanakan semenjak hari pertama hingga ke malam terakhir.

v. Selain itu, ianya juga memupuk sikap toleransi, muhibbah dan bertanggungjawab sesama pelajar.

.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 PENDAPATAN

7.1.1 Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM60.00 X 40 = RM2400

7.1.2 Kelab rekreasi Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin juga telah memohon sumbangan daripada beberapa pihak untuk mendapatkan duit tambahan.

i. Sumbangan daripada tabung PIBG Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin sebanyak RM 500.00

ii. Sumbangan ikhlas Y.B En. Zaili B. Cha selaku ADUN kawasan Selinsing sebanyak RM 200.00

7.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH (RM)

1

Sewa Tapak Khemah

45 unit × RM 10

RM 450.00

2

Dewan Serbaguna+PA system

1 unit

RM 170.00

3

Alatan Memasak

40 orang × RM5

RM 200.00

4

BBQ dan makan malam

45 orang × RM4

RM 200.00

5

Sewa pengangkutan

45 orang × RM 10

RM 450.00

6

Aktiviti:-

- Kayak

- Memancing

- Jungle trekking

- Berbasikal

- Bumper car

45 orang X RM 25

RM 1125.00

7

Bahan kering

RM 200.00

8

Hadiah,Sijil,Cenderamata

40 orang X RM5

RM 200.00

9

Belanja hangus

RM 100.00

Jumlah

RM 3100.00

7.3 JUMLAH PENDAPATAN :

RM 2400.00 + RM 500 + RM 200 = RM 3100.00

7.4 JUMLAH PERBELANJAAN :

Jumlah keseluruhan = RM 3100

8.0 SENARAI JAWATANKUASA

8.1 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En. Nazaruddin B. Zulkarnain ( Guru Besar SKDA )

: Tn. Hj. Saleh B. Yaakob ( P.K. Kokurikulum SKDA )

Pengerusi : Abdul Hadi B. Khalid

N. Pengerusi : Noor Asiah Bt. Mohd Noor

Setiausaha : Syafiq B. Zainal

Bendahari : Mohd Nurul Sholihin B. Abdul Rani

Ketua Fasilitator : En. Mohamad Fahruddin B. Mohd. Fazain

Fasilitator :

i. En. Jamal B. Hj. Ismail

ii. Pn. Maimunah Bt. Samad

iii. Cik Mona Adila Bt. Hj. Ahmad Talib

iv. En. Hanip Suhaimi B. Abdul Mutalib

8.2 JAWATANKUASA KECIL

Bil.

AJK Kecil

Bidang Tugas

1.

AJK TEKNIKAL

  1. Pengerusi : Mohd ShahRizuan B. Omar
  2. AJK : Lily Zuriana Bt. Zakaria

Shahrizul Aman B. Asri

· Penyediaan alatan yang digunakan untuk setiap aktiviti.

· Menyediakan laporan selepas aktiviti selesai.

2.

AJK JAMUAN

  1. Pengerusi : Ahmad Akmal B Kamis
  2. AJK : NurHazimah Bt. Baki

Nurul Atikah Bt. Arbain

· Memastikan bekalan makanan mencukupi.

· Pengaturan proses makanan sepanjang program.

3.

AJK KEROHANIAN & KEBUDAYAAN

  1. Pengerusi : Saiful Habib B. Zainon
  2. AJK : Mohd Nur Akmal B. Ismail

Khairi Hafizi B. Khairuddin

Umi Nurul Farahidayah Bt. Karim

· Memastikan segala aktiviti kerohanian dijalankan.

· Menentukan aktiviti kebudayaan malam penutupan.

· Memantau segala tingkah laku pelajar lain.

4.

AJK HADIAH & SAGUHATI

  1. Pengerusi : NorAtiqah Bt. Halilullah
  2. AJK : Nurul Izzati Bt. Abdul Samad

Razif Izuan B. Hashim

· Menyediakan hadiah bagi setiap acara yang dipertandingkan.

· Menyelaras skim pemarkahan.

5.

AJK KEBERSIHAN

1. Pengerusi : Mohd. Sufian B. Kamaruddin

2. AJK : Muhaimin Akmal B. Suhaimi

Izzad Fahmi B. Derani

Mohd Fadil B. Hashim

· Memastikan kawasan tapak perkhemahan sentiasa bersih.

· Menjalankan aktiviti gotong-royong bersama-sama.

· Menyediakan tong sampah serta plastik sampah di kawasan perkhemahan.

6.

AJK KESELAMATAN

1. Pengerusi : Ahmad Adli B. Samsuri

2. AJK : Syarifah Syakila Bt. Nordin

Mohd Fauzi B. Jaafar

· Menjaga keselamatan peserta sewaktu aktiviti dijalankan.

· Menyediakan peti pertolongan cemas sewaktu aktiviti.

7.

AJK MULTIMEDIA

1. Pengerusi : Mohd Zikri B. Salim

2. AJK : Mohd Nazri B. Mohamad

Ari Pratama B. Alias

· Membantu guru menyeliakan alatan seperti mikrofon dan alat pembesar suara.

· Memastikan alat-alat tersebut dalam keadaan selamat dan tidak hilang.

10.0PERATURAN PERKHEMAHAN.

Semua adalah tertakluk kepada arahan yang ditetapkan di samping arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh penyelaras program.

10.1 PERATURAN PAKAIAN

Lelaki

· Baju T berkolar lengan panjang atau pendek.

· Seluar panjang.

· Sarung kaki.

· Kasut sarung

Perempuan

  • Baju T berkolar berlengan panjang
  • Seluar panjang.
  • Sarung kaki.
  • Bertudung ( bagi yang beragama islam ).

v Semasa menjalankan aktiviti.

  • Seluar track.
  • Baju T berkolar dan berlengan panjang.
  • Kasut yang sesuai dengan aktiviti.
  • Sarung kaki.

v Semasa penghayatan rohani/solat.

  • Pakaian yang bersesuaian ( menutup aurat )

10.2 PERATURAN KEBERSIHAN KAWASAN

  • Sekitar kawasan khemah hendaklah bersih sepanjang masa.
  • Barangan di dalam khemah disusun dengan kemas dan teratur.
  • Segala sisa makan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan bekas makanan hendaklah dibersihkan.

10.3 KAWASAN TANDAS

  • Kawasan tandas hendaklah sentiasa dijaga dengan bersih.
  • Segala peralatan di dalam tandas hendaklah digunakan dengan betul.
  • Dilarang sama sekali membuang sampah ke dalam mangkuk tandas.

10.4 PERGERAKAN PESERTA

  • Pergerakan dari satu tempat ke tempat lain hendaklah dalam kumpulan. Ketua kumpulan bertanggungjawab untuk memberi arahan.
  • Peserta wajib mematuhi arahan dan bergerak secar teratur semasa aktiviti dijalankan.

10.5 KAWASAN LARANGAN

  • Peserta dilarang keluar dari kawasan aktiviti sepanjang tempoh program kecuali dengan kebenaran.
  • Kawasan perkhemahan wanita dalah kawasan larangan bagi peserta lelaki dan sebaliknya.

10.6 PERINGATAN

  • Peserta program tertakluk kepada semua peraturan dan arahan yang ditetapkan di atas.
  • Peraturan dan arahan yang lain yang difikirkan perlu akan dikeluarkan pada bila-bila masa oleh pihak urusetia.
  • Sila patuhi peraturan di atas.

11.0PELAN TINDAKAN

TARIKH

PERKARA

TINDAKAN

CATATAN

19.5.2009

Mesyuarat 1

-Setiausaha

Semua peserta

26.5.2009

Mesyuarat 2 (penetapan tarikh)

-Setiausaha

AJK

Semua peserta

03.6.2009

Mesyuarat 3 (perancangan jenis aktiviti oleh AJK tertinggi)

-Setiausaha

Merancang aktiviti yang ingin dilaksanakan.

10.6.2009

Mesyuarat 4

(semua peserta)

-Setiausaha

Pembahagian tugas dan taklimat pertama.

17.6.2009

Tempahan bas

-AJK pengangkutan

24.6.2009

Lawatan ke lokasi

-AJK pengangkutan

16.7.2009

Tempahan tapak perkhemahan

-Setiausaha

31.7.2009

Mesyuarat 5

(semua AJK)

-Setiausaha

Membincangkan perancangan yang telah dilaksanakan.

02.8.2009

Penyediaan dan pemeriksaan peralatan

-AJK keselamatan

Memastikan semua peralatan lengkap dan sempurna.

08.8.2009

Mesyuarat 6 (bersama guru pengiring)

-Setiausaha

Menunjukkan perancangan guru.

13.8.2009

Penyediaan barang keperluan

-AJK makanan

-AJK Peralatan

14.8.2009

Taklimat terakhir sebelum bertolak kepada peserta

-Setiausaha

Semua peserta.

15.8.2009 – 18.8.2009

Bertolak ke Bukit Merah Laketown Resort.

-AJK pengangkutan

12.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti program rekreasi ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

.............................................

( MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAIN)

Guru Penasihat,

Kelab Sukan & Rekreasi,

Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin

34400 Semanggol,Perak.

Disahkan oleh,

.................................................

( TN. HJ. SALEH B. YAAKOB ),

GPK Ko-Kurikulum,

Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin,

34400 Semanggol, Perak.