Powered By Blogger

Thursday, October 1, 2009

SEMESTER 2 - PRA PISMP :---> PENDIDIKAN JASMANI

SENI PERTAHANAN DIRI

1.0 : ISI KANDUNGAN.

BIL.

TOPIK

MUKA SURAT

1.

PENDAHULUAN

* LANGKAH SISI MENGELAK

2.

TEKNIK-TEKNIK DALAM LANGKAH SISI MENGELAK

3.

KEPENTINGAN LANGKAH SISI MENGELAK

4.

JENIS-JENIS LATIH TUBI UNTUK LANGKAH MENGELAK

* MENEPIS

5.

TEKNIK-TEKNIK DALAM MENEPIS

6.

KEPENTINGAN MENEPIS

7.

JENIS-JENIS LATIH TUBI UNTUK MENEPIS

8.

PERBEZAAN ANTARA LANGKAH SISI MENGELAK DAN MENEPIS

9.

LAMPIRAN

10.

KESIMPULAN

11.

BIBLIOGRAFI


2.0 : PENDAHULUAN.

Apabila mempelajari seni mempertahankan diri, terminologi seni pertahanan itu sendiri mestilah juga dipelajari. Langkah sisi mengelak adalah salah satu teknik neutral yang dicipta khas untuk melumpuhkan serangan. Ianya merangkumi teknik-teknik seperti mengelak, dan menepis. Definisi mengelak ialah satu gerak untuk mengalih badan anda daripada garis serangan dan melepasi sentuhan fizikal secara keseluruhan. Berlari,melompat,menunduk,melangkah ke sisi adalah mengelak.

Selain itu, menepis pula ialah suatu pergerakan untuk menghadang daripada terkena serangan. Menghadang ialah pergerakan lengan yang dicipta untuk memesongkan daripada sasaran ke atas serangan yang datang. Mengelak digunakan sebagai gerak balas terhadap serangan yang datang dari arah luar Zon Jarak Kritikal(ZJK). Terdapat dua langkah dalam menepis iaitu menepis ke luar dan ke dalam.


LANGKAH SISI MENGELAK

3.0 : TEKNIK-TEKNIK DALAM LANGKAH SISI MENGELAK.

Fasa 1 – persediaan, posisi pertahanan

Fasa 2 – kedua-dua kaki pada kedudukan satu setengah kelebaran bahu

Fasa 3 – bawa satu kaki ke belakang dan sudutkan badan sebayank 45 darjah

Fasa 4 – hujung jari kaki di hadapan tunjuk kea rah hadapan dan hujung jari kaki belakang menunujuk ke arah luar.

Fasa 5 – berat badan sama rata ke atas kedu-dua kaki

Fasa 6 – bengkokkan lutut,luruskan tulang belakang dan muka menghadap tepat kepada penyerang.

Fasa 7 – posisi tangan berada dalam posisi “kawal”

Fasa 8 – siku dibengkokkan antara 90-120 darjah dan dirapatkan ke arah badan

Fasa 9 – pastikan tangan sentiasa berada di hadapan adalah tinggi sedikit daripada tangan yang berada di belakang.

Fasa 10 – penumbuk hadapan tidak lebih daripada leher.

Fasa 11 – kekalkan kedudukan kawal untuk mengawal kawasan garis tengah badan.

GARIS TENGAH.

* Zon selebar 20 – 28 cm dari atas kepala hingga ke kelangkang.

* Kawasan badan yang lemah seperti: kepala,muka,leher,solar pleksus,buah pinggang dan kangkang.

* Pada posisi pertahanan,tangan dominan akan berada di belakang.

4.0 : KEPENTINGAN LANGKAH SISI MENGELAK.

* Kepentingan langkah sisi mengelak ialah membolehkan petahan memintas mengelilingi penyerang ke arah laluan keluar.

* Menghalakan arah serangan ke tempat lain bukannya kearah badan sendiri.

5.0 : LATIH TUBI UNTUK LANGKAH SISI MENGELAK.

v LATIH TUBI LANGKAH SISI SECARA SOLO

* Dalam posisi bersedia, gerakan badan mengikut kedudukan nombor di dalam jam.

* Contohnya: dari nombor 6 bergerak ke nombor 9 dan seterusnya ke nombor 12

* Kaki yang berada di hadapan tidak ditentukan samada kiri atau kanan sewaktu mengelak.

v LATIH TUBI TIGA SEGI

* Bertujuan untuk menghadap penyerang agar lebih bersedia bagi tindakan selanjutnya.

* Pergerakan yang sama dengan menggunakan nombor dalam jam,Cuma pergerakan lebih kepada bentuk 3 segi.

v LATIH TUBI TIGA SEGI DENGAN JERITAN

* Latih tubi ini bertujuan supaya petahan tidak panic dan terus berwaspada.

* Jeritan daripada penyerang akan meningkatkan kewaspadaan kepada petahan.

v LATIH TUBI TIGA SEGI DENGAN SERANGAN SPONTAN

* Pergerakan tiga segi digunakan Cuma penyerang akan menyerang tanpa memberi sebarang isyarat terlebih dahulu.


MENEPIS.

6.0 : TEKNIK-TEKNIK DALAM MENEPIS.

v TEPISAN KE LUAR.

Fasa 1 – bermula dengan posisi bertahan

Fasa 2 – sapukan lengan ke sisi badan dan keluar daripada garisan tengah.

Fasa 3 – bengkokkan siku pada sudut tepat dan lengan anda bersudut tegak dengan lantai

Fasa 4 – sebelum hentakan daripada tumbukan musuh,putarkan lengan anda keluar supaya tapak tangan mengadap keluar.

Fasa 5 – sasaran tepisan anda ialah pergelangan tangan atau lengan penyerang.

Fasa 6 – semasa hendak menepis,pastikan daya menepis adalah kuat dan sebelum momentum serangan penyerang mencapai kuasa maksimum.

Fasa 7 – jangan menepis terlalu luar dan amalkan kembali segera ke kedudukan kawal.

v TEPISAN KE DALAM

Fasa 1 – membolehkan anda melintasi garis tengah badan untuk menepis serangan ke sisi yang berlawanan.

Fasa 2 – berdiri pada posisi bertahan

Fasa 3 – sapu lengan anda dengan siku yang bengkok melepasi garis tengah badan kearah bahu yang berlawanan.

Fasa 4 – sebelum memintas tumbukan,pusingkan lengan anda ke posisi tapak tangan mengarah ke dalam.

Fasa 5 – semasa anda menepis dengan satu tangan,hadang garis tengah badan anda dengan tangan yang satu lagi.

Fasa 6 - berada pada posisi kawal sebaik sahaja selesai menepis.

7.0 : KEPENTINGAN MENEPIS.

* Membolehkan anda untuk memesongkan pukulan yang datang ke arah organ-organ yang lemah yang terdapat di garis tengah badan.

* Mengelakkan kecederaan ke atas tempat yang diserang oleh penyerang

8.0 : LATIH TUBI UNTUK LANGKAH MENEPIS.

v LATIH TUBI MENEPIS SOLO

* Berada pada posisi pertahanan.

* Lakukan tepisan pada separuh kelajuan dengan silih berganti tangan kiri dan kanan.

* Kembali semula ke posisi kawal.

v LATIH TUBI MENUMBUK BERJANGKA

* Berdiri dengan seorang rakan berhadapan pada posisi pertahanan

* Rakan akan menumbuk kearah hidung lalu petahan perlu mengelak.

* Ulang perlakuan dengan menetapkan masa menumbuk.

v LATIH TUBI PENGAWASAN

* Menggunakan kemahiran pemerhatian anda.

* Berlatih dengan rakan dan awasi samada rakan hendak menyerang ataupun tidak.

v LATIH TUBI MENUMBUK TIDAK BERJANGKA

* Berhadapan dengan rakan pada posisi pertahanan.

* Rakan akan menumbuk tanpa menentukan masa untuk menumbuk.

* Apabila kemahiran menepis semakin tinggi,ulang tumbukan dengan kelajuan yang lebih tinggi.


9.0 : PERBEZAAN DI ANTARA LANGKAH SISI MENGELAK DAN MENEPIS.

CATATAN

LANGKAH SISI MENGELAK

LANGKAH MENEPIS

Maksud

Gerak untuk mengalih badan daripada garis serangan dan melepasi sentuhan fizikal secara keseluruhannya.

Pergerakan lengan yang dicipta untuk memesongkan daripada sasaran ke atas serangan yang datang.

Kegunaan

* Penyerang berada sekitar jarak di luar pukulan terus – penyerang tidak boleh mencapai.

* Anda dan penyerang berada pada zon jarak kritikal(ZJK) – sepanjang 2 lengan

* Gerak balas yang digunakan apabila terdapat serangan yang datang daripada luar (ZJK)

* Digunakan sebagai gerakbalas kepada tumbukan dan pukulan lain yang bermula dalam(ZJK)

Kepentingan

Petahan dapat memintas mengelilingi penyerang kearah laluan keluar.

Petahan menepis untuk memesongkan pukulan yang datang kea rah organ-organ lemah yang berada di garis tengah badan.


10.0 : KESIMPULAN.

Kesimpulannya, teknik mengelak dan menepis dapat membantu individu daripada diserang individu yang tidak dikenali seterusnya menjadi alat atau senjata pertahanan diri. Selain itu juga, melalui teknik perlakuan yang betul, seseorang dapat mengelak daripada terkena bahagian organ yang lemah seperti muka , leher, pleksus solar dan kangkang. Keutamaanya diberikan kepada golongan wanita kerana mereka adalah sasaran untama kepada penjenayah. Dengan adanya teknik2 ini juga, seseorang itu dapat melakukan apa yang sepatutnya di lakukan dan seterusnya dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku ke atas diri kita sendiri.


12.0 : BIBLIOGRAFI.

Bart,P.B.,& O’Brien,P.H.(1985).stopping rape:successful survival strategics. Elmsford,NY: pergamos press.

Bateman, P.(1978).fear into anger: A manual of self-defense for women. Chicago;Nelsonhall.

Caignon,D;&Groves,G.her wits about her: self-defense success-stories by women. New York; Simon&Row

Bolton,R.(1979). People skills – how to assert yourself,listen to others and resolve conflict. New York: Simon&Schuster.

No comments:

Post a Comment