Powered By Blogger

Monday, September 28, 2009


ShoutMix chat widget

SUKAN & REKREASI

IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain berusaha untuk terus hidup, ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut iaitu seperti ketika sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. Selain itu, rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual dan apabila terselamat dalam nahas udara atau laut.
Disamping itu, antara tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ikhtiar hidup ini ialah kawasan hutan. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.
Akhir sekali, dalam konteks Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.


ISI KANDUNGAN.

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

Pengenalan

1

1.0

Definisi ikhtiar hidup

2

2.0

Tujuan/objektif

2 - 3

3.0

Tekanan keadaan ikhtiar hidup

4

4.0

Peraturan asas

4 – 6

5.0

Tumbuh-tumbuhan hutan

5.1 ujian tumbuh-tumbuhan

5.2 tindakan jika termakan tumbuhan yang beracun

6 – 7

6.0

Tempat perlindungan

6.1 membina temoat perlindungan

6.2 jenis-jenis tempat perlindungan

6.3 bahan-bahan membina

7 – 10

7.0

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

10 – 11

8.0

Lampiran

12 – 13

9.0

Kesimpulan

14

10.0

Bibliografi

15


1.0 DEFINISI

Ikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Ikhtiar hidup juga merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini merujuk kepada takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting. Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

2.0 TUJUAN/ OBJEKTIF IKHTIAR HIDUP

Kognitif
· Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya.
· Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air.
· Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.

Psikomotor
· Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dqari bahaya.
· Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
· Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif
· Membina keyakinan diri untuk terus hidup.
· Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab.
· Memperkembangkan minat terhadap alam semula jadi dan dapat menikmati keindahannya.

3.0 TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:-
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
g.Kehabisan bekalan makanan dan minuman
h. Ancaman binatang buas
i. Masalah perlindungan

4.0 PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP
Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:-


1.
Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga.
a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan.
b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui.
c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam.


2.
Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan.


3.
Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut.


4.
Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-


a. Perubatan
i. Panadol unuk sakit kepala, deman dan lain-lain.
ii. Lomotil untuk cirit birit
iii. Cadusil untuk radang perut.
iv. Antibiotik
v. Ubat gatal
vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.


b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:-
i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo.
ii. Bungkusan glukus
iii. Bungkusan gula
iv. Bungkusan garam
v. Pil-pil vitamin

5.0 TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN
Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan.

5.1 UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN
Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkat-peringkat ujian adalah seperti berikut:-

1. Menghidu.

Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak.

2. Gatal-Gatal Kulit.

Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan.

3. Bibir, Lidah dan Mulut.

Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhan tersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.
a. rasa kelat dan sepat
b. rasa loya
c. rasa gatal-gatal dedaun mulut.

4. Menelan Sedikit.

Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:-
a. rasa mual
b. sakit perut
c. demam dan sakit sendi tulang


5. Makan sedikit.

Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan.

5.2 TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN
Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-
1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat.
2. Minum air bersih yang telah dimasak.
3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan.
4. Dapat bantuan perubatan dengan segera.


6.0 TEMPAT PERLINDUNGAN
Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

6.1 MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN
Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan.
1. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.
2. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.
3 . Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.
4 . Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.
5 . Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

6.2 JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN
Beberapa jenis tempat perlindungan atau pondok hutan boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan hutan yang sedia ada diesuatu kawasan.

1. Pondok Sementara. Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoiSK6o4iBo14DAyYSec5OmdU9ERP1J4t4HcLvthJDtN0IWJZKngJ8wahZCefEk-8KdUbbiy9XyCO8QnZU77uwelpApVIV2v7hiY-ET0t_wHYpC2UCbQP7j43U2V8_f6-JXjnaZUSujQ/s320/15.JPG

2. Pondok Jangka Panjang. Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi00J7WwziSIaDVoMIACqtY3eJKVPopk_QffbALjN_buLexb219OLKsuZWVpXdJM3lmuc3L1Exqs6OlRLwyCVR4jylPZsKNENAKRe5tC3mrvGqZ78zHM6zw5ePelqGxjwISwq94ot8cRg/s320/16.JPG Pondok Jangka Panjang

3. Pondok dalam kawasan Rawang.

Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya).Tempat perlindungan yang dibinahendaklah selamat dari air pasang

. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7CJk0x-IsWjmSNXFnBhV7so9k1vJcHteZqcM54DTk-idkju8tC_DOuA8TJQeIe8ihMjnuTFp3s8N2nb6pgnswVBQsXXHNKLQ57IufTKD5lhwMidWQ_QRgJKPOojNAw3aP3U2MDaLtrg/s320/17.JPG

6.3 BAHAN-BAHAN PEMBINAAN.


1.
Atap . Salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:-
a. Daun palas gajah dan palas biasa.
b. Daun rumbia atau nipah.
c. Daun bertam
d. Daun pokok kabung dan enau.
e. Daun mengkuang.
f. Buluh dan kulit kayu
g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2.
Tiang dan Alang. Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.


3.
Tali. Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.

7.0 Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Prinsip Ikhtiar Hidup
• Keselamatan
• Usaha
• Kawalan diri
• Kerjasama

1. Keselamatan
Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa.
Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan.
Contoh – Memakan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar.
Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika anda tidak mempedulikan soal keselamatan.
2. Usaha
Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi.Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu.Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda.Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikhtiar hidup mereka. Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu.

3. Kawalan Diri
Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat memberikan keputusan yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru.
Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

4. Kerjasama
Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin.



9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, ikhtiar hidup ini sewajarnya dipelajari oleh semua lapisan masyarakat kerana ianya sangat berguna pada sesuatu masa. Walaupun pada pendapat kita, ikhtiar hidup itu tidak begitu penting kerana pada masa sekarang dengan adanya duit semua boleh dibeli dan tidak memerlukan ilmu dalam ikhtiar hidup.

Tetapi kita tidak memikirkan sekiranya kita tersesat di dalam hutan ataupun di mana sahaja, ilmu ikhtiar hidup ini sangat penting. Apabila kita mempunyai ilmu ini, maka kita akan mampu meneruskan hidup walaupun dalam keadaan sehelai sepinggang ketika sesat di dalam hutan ataupun di tengah pulau.

Kepentingannya dapat dilihat untuk mencari makanan serta menyediakan tempat tinggal sementara menunggu bantuan tiba. Apabila tiada ilmu untuk mencari makanan sewaktu di dalam hutan,seseorang itu boleh mati dan kebuluran. Disamping itu juga, membina khemah sementara untuk berteduh daripada hujan dan juga gangguan binatang buas juga adalah penting untuk dipelajari.

Akhir sekali, mempelajari ilmu untuk ikhtiar hidup merupakan suatu kepentingan bagi setiap orang untuk memastikan kita sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku ke atas kita.

10.0 BIBLIOGRAFI

Tiada nama pengarang (2009). Ikhtiar Hidup di Hutan. Di ambil daripada laman web http://www.rileks.info/coollist/2009/03/ikhtiar-hidup-di-hutan/.

Unclebourne (2008). Panduan Ikhtiar Hidup di Hutan Tropika. Diambil daripada laman web http://www.nahamphoto.com/forum/index.php?topic=153.0

Toyu ( 2008 ). Ikhtiar Hidup untuk Meneruskan Kehidupan. Diambil daripada laman web http://toyu2u.wordpress.com/category/ikhtiar-hidup/

Tiada nama pengarang.(2008). Survival international. Diambil daripada laman web http://www.survival-international.org/

Wikipedia.(2009). The definition of survival. Diambil daripada laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Survival.

Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA 2009





"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"




"LAMAN SENI"


Sudirman ( Sudirman )

Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

SELAMAT HARI RAYA

Adab - adab hari raya AIdilFitRi


1.Mandi sunat sebelum menunaikan solat Aidilfitri.
-> Aidilfitri ialah hari kemuliaan dan pembebasan diri daripada dosa yang telah lalu.Kaum Muslimin yang hendak pergi ke tempat solat hendaklah terlebih dahulu membersihkan serta menyegarkan diri dengan mandi sunat Aidilfitri. Dalam sebuah hadis dinyatakan:
"Sesungguhnya Ibn Umar biasa mandi pada Hari Aidilfitri sebelum dia pergi ke tempat Solat.

2. Memakai pakaian yang cantik tetapi tak semestinya baru.

3. Makan sebelum ke masijid untk menunaikan solat.Rasullulah makan sebelum berangkat ke masijid utk solat Aidilfitri krn menghargai hari kemenangan umat Islam berpuasa 30 hari dlm bulan Ramadhan.

4. Mengajak kaum wanita ke masjid.Rasullulah meminta agar kaum lelaki mengajak keluarga mereka terutamnya kaum wanita utuk mengunjungi tempat solat bagi menyemarakkan hari raya.Ini juga sebahagian daripada dakwah Islam dan membuktikan kepada kaum lain mengenai kebesaran dan kemegahan umat Islam.

5. Berjalan ke tempat solat sambil bertakbir.

6. Mengambil jalan lain ketika pergi dan pulang solat.Hikmahnya adalah untuk menunjukkan syiar hari raya kepada masyarakat.

SELAMAT HARI RAYA

fadhilat malam hari raya

Disunatkan menghidupkan malam dua hari raya (yakni hari raya fitrah dan hari raya korban) dengan ibadah sama ada mengerjakan solat-solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Ini kerana terdapat hadis di mana Nabi s.a.w. bersabda;


مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ

“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Terhasilnya menghidupkan malam itu ialah dengan bangun beribadah di kebanyakan malam tersebut sebagaimana bermalam di Mina. Namun menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari kiamat.

Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab. Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”.