Powered By Blogger

Saturday, July 11, 2009

"SEMESTER 3"

SeMeSteR 3 iS CoMiNg.....

22.06.2009 - isnin

Hari pertama aku bagi semester 3 PraPISMP tahun 2009..
Dah setahun aku berada dekat IPGM Kampus Ilmu Khas. Kini aku sudah semakin mengenal erti seorang GuRu..

Aku semakin dekat dengan kerjaya yang aku pilih. lagi 4 tahun yang perlu aku tempuhi untuk keluar sebagai seorang guru..
Keputusan peperiksaan akhir tahun aku telah keluar. Aku sekadar mendapat 3.38 sahaja. Pointer yg membuat aku berasa kesal. Semester 2 aku lalui dengan bersahaja. Kini aku telah sedar dan semester 3 aku mengharapkan aku akan berubah menjadi lebih baik.

Aku harap pada semester ini semuanya akan berubah dan aku yakin mampu mengubah segalanya. Aku akan tingkatkan prestasi aku dan mengubah segala keputusan semester 2. Mungkin semester ini lebih mencabar dari sebelumnya,namun aku harus atasi segalanya untuk berjaya. Aku tidak akan pernah mengalah.

Semester 3...
Aku berjanji aku akan lakukan yang terbaik untukmu dan aku akan pastikan aku dapat meningkatkan kejayaan aku pada semester ini.

Sekian.....